Kini tiba aksi separuh akhir Piala AFF B23 untuk tahun 2023 dan perlawanan pertama bakal mempertemukan Malaysia vs Vietnam iaitu pada 24 Ogos ini, hari Khamis bertempat di Stadium Rayong Provincial, Thailand.
Seperti yang diumumkan, empat pasukan yang akan melayakkan diri ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir iaitu terdiri daripada 3 juara kumpulan bersama 1 naib pasukan terbaik antara kesemua kumpulan.
Malaysia berjaya melayakkan diri ke semi final ini apabila muncul juara kumpulan B. Sebelum ini, Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dalam perlawanan pertama dengan jaringan 2-1. Kemudian bertemu Timor Leste, juga berjaya menang dengan keputusan 3-1.
Manakala Vietnam juga muncul sebagai juara iaitu bagi kumpulan C. Mereka juga meraih kemenangan dua kali dalam dua perlawanan. Kali pertama, mereka menang keatas Loas dengan jaringan 4-1. Kemudian mereka menang sekali lagi ketika berdepan Filipina dengan keputusan 1-0 sahaja.
Malaysia vs Vietnam merupakan perlawanan separuh akhir 1 yang dimainkan pada belah petang. Perlawanan Sseparuh akhir 2 adalah melibatkan Thailand vs Indonesia. Iaitu pertemuan juara kumpulan A dan naib juara terbaik.
Pemenang bagi kedua-dua perlawanan ini akan berjaya layak ke perlawanan final. Manakala yang tewas akan bermain di perlawanan penentuan tempat ketiga dimana kedua-duanya akan berlangsung pada 26 Ogos ini.
Barisan Kesebelasan Utama Malaysia Di Piala AFF B32 Tahun 2023
Berikut merupakan barisan kesebelasan utama bagi pasukan Malaysia dalam perlawanan ini.
Siaran Langsung AFF U23 Championship 2023 Malaysia vs Vietnam
Ini pastinya perlawanan yang dinanti-nanti oleh semua peminat pasukan Harimau Muda. Jadi anda boleh saksikan secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di RTM Klik.
Jadi jangan lupa untuk saksikan Malaysia vs Vietnam dalam Piala AFF B32 tahun 2023 pada 24 Ogos ini, hari Khamis bersiaran di RTM. Manakala untuk keputusan, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada petang tersebut
24 Ogos 2023 (Khamis)
FT : Malaysia (1) - (4) Vietnam
Dinh Xuan Tien 8', 44'
Nguyen Quoc Viet 32'
Alif Ikmalrizal Anuar 49'
Nguyen Hong Phuc 85'
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Stadium Rayong Provincial
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik
*Vietnam mara ke final, manakala Malaysia akan bermain di perlawanan penentuan tempat ke-3