Siaran Langsung Penang vs Kedah Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Penang vs Kedah Live Streaming Liga Super 2023

Satu perlawanan tertunda Liga Super 2023 untuk minggu kedua puluh akan diadakan iaitu pertemuan antara Penang FC vs Kedah Darul Aman FC.

Perlawanan ini sepatutnya diadakan pada 12 Ogos yang lalu dan dibawa ke 22 Ogos ini, hari Selasa dimana akan berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang iaitu homeground Penang FC.

Ini merupakan perlawanan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan bagi musim 2023. Kali pertama mereka bertemu adalah pada bulan Mac dalam pusingan awal Piala FA.

Manakala kali kedua, mereka bertemu sekali lagi adalah dalam saingan liga iaitu di minggu ketujuh (LS7) pada bulan April sebulan selepas pertemuan kali pertama mereka.

Pada saingan Piala FA, keputusan memihak kepada Penang apabila menang menerusi penentuan sepakan penalti selepas masing-masing terikat 2-2 dalam tempoh 120 minit.

Kemudian pada pertemuan liga, Kedah berjaya membalas kembali dengan peroleh kemenangan tipis 1-0 terhadap Penang sekali gus bawa pulan 3 mata penting.

Kedua-dua perlawanan tersebut telah berlangsung di Darul Aman. Kali ini mereka bertemu kembali dan tiba giliran Penang pula menjadi tuan rumah bagi melayan kunjungan Kedah sebagai pasukan pelawat.

Jika dilihat daripada segi faktor stadium, ianya pastinya berkelebihan kepada Penang. Tetapi prestasi semasa untuk saingan liga berpihak kepada Kedah Darul Aman.

Dalam tiga perlawanan terakhir, Penang telah tewas kesemuanya. Berbeza dengan Kedah yang memenang ketiga-tiga perlawanan terakhir mereka dan pastinya momentum tersebut akan dibawa ke perlawanan ini.

Jadual Dan Siaran Langsung Penang vs Kedah Di Liga Super 2023

Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh gunakan aplikasi Sooka untuk menonton secara live streaming. Hanya perlu melanggan pas satu perlawanan berharga RM9.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Super 2023 LS20 antara Penang vs Kedah yang berlangsung pada 22 Ogos ini, hari Selasa dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam

22 Ogos 2023 (Selasa)

FT : Penang (1) - (2) Kedah

Fadzrul Danel 7'
Soony Saad 32'
Moses Atede 90+5'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post