Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Sabah vs JDT Liga Super 2023

Hari kedua aksi Liga Super 2023 bagi minggu kesembilan belas menyaksikan lagi tiga perlawanan berlangsung dan salah satunya pertemuan Sabah vs JDT.

Ianya bakal diadakan pada 9 Ogos 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu. Kali ini Sabah menjadi tuan rumah dan melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim.

Ini kerana pada perlawanan pertama, kedua-dua pasukan telah bertemu di Stadium Sultan Ismail juga dalam saingan liga pada bulan Mac yang lalu di minggu keenam (LS6).

Dalam perlawanan tersebut, menyaksikan JDT meneruskan rentak kemenangan mereka ketika itu apabila menumpaskan Sabah dengan jaringan 4-0.

Kali ini sedikit sebanyak berkelebihan kepada pasukan Sabah apabila mereka menjadi tuan rumah. Tetapi setakat ini tiada pasukan yang mampu untuk menumpaskan JDT meskipun meriah keputusan seri.

Ini menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini dimana mempertemukan pendahulu liga, JDT dan Sabah yang berada di kedudukan kelima liga.

Jadual Dan Siaran Langsung Sabah vs JDT Di Liga Super 2023

Jangan lupa saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda meerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 berharga RM9.90 untuk satu perlawanan.

Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Super 2023 LS19 antara Sabah vs JDT pada 9 Ogos ini, hari Rabu dengan waktu sepak mula jam 8.15 malam

9 Ogos 2023 (Rabu)

FT : Sabah (1) - (5) JDT

Jafri Chew 13'
Juan Muniz 17'
Bergson da Silva 25' (P), 63', 74'
Heberty 48'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post