Salah satu perlawanan Liga Super 2023 minggu kedua puluh yang berlangsung pada hari ini adalah pertemuan antara Sabah FC vs Kuala Lumpur City FC.
Perlawanan ini bakal diadakan pada 13 Ogos 2023, iaitu bersamaan pada hari Ahad dimana akan berlangsung di Stadium Likas di Kota Kinabalu iaitu homeground Sabah FC.
Ini merupakan pertemuan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan untuk musim 2023. Kali pertama mereka bertemu pada April yang lalu iaitu di minggu ketujuh (LS7) dalam saingan liga.
Manakala kali kedua, mereka pernah bertembung dalam saingan Piala FA 2023. Ketika itu, mereka menguji kekuatan dalam peringkat kalah mati di pusingan suku akhir.
Kedua-dua perlawanan tersebut telah menyaksikan KL City berjaya menumpaskan Sabah. Kali pertama bermain di Cheras, KL Ciy menang 2-0. Manakala pertemuan kali kedua, Sabah tumpas sekali lagi dengan jaringan 1-2 dan gagal ke pusingan seterusnya dalam aksi Piala FA.
Untuk kali ini, kedua-dua mempunyai peluang sama rata. Sabah sepertinya mempunyai sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan prestasi semasa dan ditambah bermain di halaman sendiri.
Tambahan pula, jika dilihat kedudukan liga Sabah di kedudukan yang lebih baik iaitu ditangga ke-5 dengan 36 mata berbanding KL City yang mampunyai 28 mata berada di tangga ke-7.
Jadual Dan Siaran Langsung Sabah vs KL City Di Liga Super 2023
Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (CH804) dan secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh gunakan aplikasi Sooka untuk menonton secara live streaming. Anda hanya perlu melanggan pas satu perlawanan berharga RM9.90 atau pas bulanan berharga RM28.90.
Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Super 2023 LS20 antara Sabah vs KL City yang berlangsung pada 13 Ogos ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada pukul 7.30 malam.
13 Ogos 2023 (Ahad)
FT : Sabah (3) - (2) KL City
Stuart Wilkin 51'
Romel Morales 60'
Haqimi Azim 71'
Part Tae-su 80'
Gabriel Peres 89'
Waktu : 7.30 malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka