Siaran Langsung Terengganu vs KL Rovers Live Streaming Piala Malaysia 2023 Pusingan 16

Siaran Langsung Terengganu vs KL Rovers Live Streaming Piala Malaysia 2023 Pusingan 16

Piala Malaysia 2023 diteruskan lagi dengan perlawanan kedua pusingan 16 terbaik dan antara perlawanan yang berlangsung pada hari pertama ini ialah Terengganu FC vs Kuala Lumpur Rovers FC.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 18 Ogos 2023, hari Jumaat yang diadakan di Stadium Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dan kali ini Terengganu yang menjadi tuan rumah.

Piala Malaysia untuk edisi kali ini menggunakan format yang sedikit berbeza berbanding pada edisi-edisi lalu. Kini setiap pasukan akan mengharungi perlawanan secara kalah mati dan timbal balik dua perlawanan.

Dalam perlawanan pertama yang telah berlangsung pada 4 Ogos yang lalu telah menyaksikan wakil daripada Liga M3 iaitu Kuala Lumpu Rovers tewas 4-0 kepada Terengganu ketika bermain di Cheras yang merupakan homeground kepada pasukan KL Rovers.

Dengan itu, Terengganu kini mempunyai bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik dengan kelebihan empat gol. Ditambah pula, kini giliran mereka pula menjadi tuan rumah dan KL Rovers akan datang sebagai pasukan pelawat.

Pemain antara kedua-dua pasukan ini akan bertemu sama ada Selangor atau PDRM di pusingan Suku Akhir nanti. Adakah wakil liga amatur ini mampu comeback dan beri tentangan kepada Terengganu nanti?

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Terengganu vs KL Rovers Piala Malaysia 2023

Perlawanan Terengganu vs KL Rovers ini akan ditayangkan di kaca tv secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM9.90 untuk satu perlawanan.

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan kedua (second leg) pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 antara Terengganu FC vs Kuala Lumpur Rovers FC pada Jumaat ini bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Keputusan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

18 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (3) - (0) KL Rovers (Agg: 7-0)

Nor Hakim Hassan 32', 89'
Liridon Krasniqi 72
'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

*Terengganu berjaya mara ke Suku Akhir. Manakala KL Rovers akan meneruskan langkah ke Challenge Cup 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post