Kini skuad Harimau Malaya akan berdepan dengan perlawanan kedua dalam tempoh perlawanan persahabatan FIFA iaitu dengan pertemuan China vs Malaysia pada 9 September 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Phoenix Hill Chengdu China.
Kita sudah lihat pada perlawanan pertama sebelum ini apabila Malaysia berjaya mengikat pasukan ranking ke 94 dunia dengan keputusan 2-2 meskipun bermain di padang bukan yang terbaik seperti yang disediakan oleh tuan rumah China.
Dalam perlawanan tersebut, Malaysia sebenarnya ketinggalan 0-2 pada babak pertama. Walaupun begitu, hasil semangat dan corak permain baik yang ditonjolkan pada babak kedua, akhirnya berjaya menghasilkan jaringan pertama pada minit ke 51.
Anak-anak buah Kim Pan Gon terus mengasak kubu lawan dengan mengambil pelbagai tektikal untuk menerjah gawang gol. Akhir pada minit 85, kubu lawan tumbang sekali lagi dengan jaringan Darren Lok pada petang tersebut.
Kini skuad Harimau Malaya akan bertemu pasukan tuan rumah, China yang rangking dunia nya lebih tinggi daripada Malaysia dan Syria. China PR kini berada di kedudukan ke 80 dalam rangking FIFA dan Malaysia di kedudukan 136.
Jika dilihat pertemuan antara kedua-dua pasukan ini, jaraknya terlalu jauh. Dalam 12 pertemuan sepanjang zaman. China telah menang 7 kali daripadanya berbanding Malaysia pernah menang sekali sahaja pada 43 tahun yang lalu di Stadium Merdeka. Selain itu, seri tiga kali.
Adakah Malaysia berjaya mendapatkan kemenangan kedua terhadap China dalam pertemuan ini atau pasukan lawan akan terus menambah derita Harimau Malaya dengan kemenangan kelapan. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada tahun 2013 dengan kemenangan oleh China 2-0.
Tetapi untuk data yang tertulis di atas kertas. Jika Syria, Malaysia mampu untuk sekurang-kurangnya seri, China juga adalah tidak mustahil untuk dijinakkan oleh pasukan negara. Bola itu bolat dan kesemua mampu untuk direalisasikan.
Jadual Dan Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan FIFA 2023 China vs Malaysia
Untuk penonton di Malaysia, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di Sooka.
Manakala untuk anda yang tiada astro, anda boleh saksikan perlawanan ini di kaca tv di saluran TV9. Bagi yang tiada tv, jangan risau, anda boleh tonton secara live streaming percuma di laman web www.tonton.com.my atau menggunakan aplikasi Tonton.
Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan persahabatan FIFA Tier 1 2023 antara China vs Malaysia pada 9 September ini, hari Sabtu secara langsung di Chengdu China atau boleh tengok live di saluran Astro dan TV9.
9 September 2023 (Sabtu)
FT : China (1) - (1) Malaysia
Faisal Halim 11'
Lin Liangming 36'
Masa : 7.35 pm
Tempat : Chengdu, China
Tayangan TV : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2