Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Malaysia Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024

Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Malaysia Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024

Skuad senior akan mengharungi perlawanan persahabatan di Chengdu, China, manakala skuad Harimau Muda Malaysia pula akan mengharungi perlawanan peringkat kelayakan bagi kejohanan AFC U23 Asian Cup yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2024 kelak di Qatar.

Perlawanan kelayakan ini akan berlangsung bermula 6 September hingga 12 September 2023 dan melibatkan sebanyak 55 pasukan dengan pemain bawah-23 secara keseluruhan. Bersaing bagi menempatkan diri ke final Piala Asia B23 AFC pada tahun hadapan.

Perlawanan ini akan berlangsung secara berpusat dimana setiap kumpulan akan mengharungi kesemua perlawanan di tempat yang sama. Seperti contoh, kumpulan H yang melibatkan Thailand, Bangladesh, Filipina dan Malaysia akan berpusat di Chonburi, Thailand.

Pasukan lain yang menjadi tuan rumah bagi setiap kumpulan seperti Jordan (kumpulan A), Korea Selatan (kumpulan B), Vietnam (kumpulan C), Bahrain (kumpulan D), Uzbekistan (kumpulan E), Kuwait (kumpulan F), China (kumpulan G), Tajikistan (kumpulan I), Arab Saudi (kumpulan J) dan Indonesia (kumpulan K).

Format pertandingan adalah secara round-robin satu pusingan. 11 uara bagi setiap kumpulan bersama 4 naib juara terbaik akan layak bermain di pusingan akhir Piala Asia B23 AFC 2024. Qatar sebagai tuan rumah layak secara automatik.

Keputusan Undian Setiap Kumpulan

  • Kumpulan A : Jordan (tuan rumah), Syria, Oman, Brunei
  • Kumpulan B : Korea Selatan (tuan rumah), Myanmar, Kyrgyzstan, Qatar
  • Kumpulan C : Vietnam (tuan rumah), Singapura, Yaman, Guam
  • Kumpulan D : Jepun, Bahrain (tuan rumah), Palestin, Pakistan
  • Kumpulan E : Uzbekistan (tuan rumah), Iran, Hong Kong, Afghanistan
  • Kumpulan F : Iraq, Kuwait (tuan rumah), Timor-Leste, Macau
  • Kumpulan G : UAE, India, Maldives, China (tuan rumah)
  • Kumpulan H : Thailand (tuan rumah), Malaysia, Bangladesh, Filipina
  • Kumpulan I : Australia, Tajikistan (tuan rumah), Laos, Korea Utara
  • Kumpulan J : Arab Saudi (tuan rumah), Kemboja, Lebanon, Mongolia
  • Kumpulan K : Turkmenistan, Indonesia (tuan rumah), Chinese Taipei

Senarai Pemain Malaysia B23 Dalam Perlawanan Kelayakan AFC U23 Asian Cup

Seramai 23 pemain telah disenarai pendek dan dipilih oleh ketua jurulatih B32 kebangsaa, E. Elavarasan yang mana mereka akan menggalas cabaran bagi perlawanan kelayakan ini yang berlangsung di Chonburi, Thailand.

Senarai pemain malaysia dalam kelayakan afc u23 asian cup 2024

Siaran Langsung Perlawanan Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024

Jika dalam piala AFF U23 Champions 2023 yang lalu, perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia telah disiarkan secara eksklusif di saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM.

Akan tetapi, setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi daripada mana-mana penyiar rasmi di Malaysia untuk menayangkan perlawanan ini secara langsung di kaca tv sama ada menerusi RTM mahupun Astro.

Jadual Dan Keputusan Malaysia Perlawanan Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan melibatkan pasukan muda negara dalam Kumpulan H untuk perlawanan Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024 dari 6 hingga 12 September 2023 di Chonburi Thailand.

Manakala keputusan pula, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

6 September (Rabu)

FT : Malaysia (2) - (0) Bangladesh - 5.30 pm

FT : Thailand (5) - (0) Filipina - 9.30 pm

9 September (Sabtu)

FT : Filipina (0) - (4) Malaysia - 5.30 pm

FT : Bangladesh (0) - (3) Thailand - 9.30 pm

12 September (Selasa)

FT : Bangladesh (0) - (1) Filipina - 5.30 pm

FT : Thailand (1) - (0) Malaysia - 9.30 pm

Kedudukan Pasukan Dalam Kumpulan H

Berikut merupakan kedudukan setiap pasukan dalam Kumpulan H melibatkan Thailand, Malaysia, Bangladesh dan Filipina. Hanya juara kumpulan layan ke Piala Asia B23 2024.

Kumpulan H P Menang Seri Kalah GD Mata
Thailand 3 3 0 0 9 9
Malaysia 3 2 0 1 5 6
Filipina 3 1 0 2 -8 3
bangladesh 3 0 0 3 -6 0

*Thailand layak ke Piala Asia B23 2024 Qatar sebagai juara Kumpulan H

Post a Comment

Previous Post Next Post