Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan China Open 2023

Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan China Open 2023

Pada minggu sudah kita sudah melihat aksi di Kejuaraan Dunia BWF dan kini pemain-pemain badminton meneruskan lagi cabaran di kejohanan China Open 2023 dimana ianya akan berlangsung dari 5 hingga 10 September 2023 bertempat di Changzhou, Jiangsu China.

Victor China Open 2023 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF tahun ini dimana ianya merupakan acara Super 1000 dengan menawarkan mata rangking yang tinggi bersama hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan USD 2,000,000 (RM9.3 juta).

Selepas 3 tahun kejohanan ini dibatalkan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak tahun 2020, kini ianya kembali dengan gah sekali. Pastinya ramai yang teruja untuk menyaksikan aksi-aksi pemain badminton handalan dunia berentap dalam kejohanan China Open 2023.

Senarai Pemain Malaysia Dalam China Open 2023

Kita bakal dapat saksikan ramai pemain ternama dunia dalam kejohanan kali ini termasuklah daripada Malaysia. Pemain-pemain tersebut sama ada yang berada dibawah naungan BAM atau pemain-pemain profesional negara.

Perseorangan Lelaki - Lee Zii Jia, Ng Tze Yong

Perseorangan Wanita - Goh Jin Wei

Beregu Lelaki - Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi, Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik

Beregu Wanita - Pearly Tan/Thinaah Muralitharan, Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

Beregu Campuran - Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei

Siaran Langsung Perlawanan Badminton China Open 2023

Kejohanan Terbuka China 2023 ini akan bermula daripada pusingan 32 dan pemain-pemain akan bertarung daripada pusingan awal tersebut hinggalah ke final dengan format kalah mati dalam tiga perlawanan bagi setiap permainan.

Anda boleh boleh saksikan perlawanan untuk kejohanan ini iaitu menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Sebab ianya Super 1000, tayangan siaran langsung bermula daripada pusingan awal lagi.

Bagi yang tiada akses kepada Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi laman youtube rasmi BWF di BWFTV. Mungkin penggunaan VPN diperlukan untuk strim khusus untuk penonton di Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Pemain Malaysia Dalam BWF China Open 2023

Berikut merupaakn jadual penuh perlawanan badminton untuk China Open 2023 dan yang dipaparkan hanya melibatkan pemain-pemain negara. Keputusan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

5 September 2023 (Selasa) - Pusingan 32

~ Perlawanan bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia

[MS] Prannoy H. S (IND) vs (MAS) Ng Tze Yong - [12-21, 21-13, 18-21]

[XD] Goh Soon Hua/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [23-25, 15-21]

[WD] Pearly Tan/Thinaah M. (MAS) vs (NED) Debora Jille/Cheryl Seinen - [17-21, 21-17, 21-10]

------------------------------------

6 September 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (IND) Rohan Kapoor/Reddy Sikki - [21-15, 21-16]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (JPN) Aya Ohori - [18-21, 12-21]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (JPN) Kodai Naraoka [4] - [24-26, 21-12, 11-21]

[MD] Choi Sol Gyu/Kim Won Ho (KOR) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [10-21, 23-25]

[MD] Ren Xiang Yu/Tan Qiang (CHN) vs (MAS) Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi - [16-21, 21-23]

[WD] Rui Hirokami/Yuna Kato (JPN) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-12, 11-21, 20-22]

[WD] Febriana Kusuma/Amallia Pratiwi (INA) vs (MAS) Anna Cheong/Teoh Mei Xing - [21-19, 15-21, 20-22]

------------------------------------

7 September 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia

[MS] Shesar Rhustavito (INA) vs (MAS) Ng Tze Yong - [18-21, 21-11, 22-20]

[WD] Yuki Fukushima [5]/Sayaka Hirota (JPN) vs Pearly Tan/Thinaah M. (MAS) - [21-16, 21-16]

[XD] Praveen Jordan/Melati Oktavianti (INA) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [21-18, 19-21, 12-21]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (TPE) Kim Won Ho [6]/Jeong Na Eun - [21-15, 15-21, 21-18]

[XD] He Ji Ting/Zhou Hao Dong (CHN) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [16-21, 17-21]

[MD] Rasmud Kjaer/Frederik Sogaard (DEN) vs (MAS) Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi - [12-21, 17-21]

[WD] Anna Cheong/Teoh Mei Xing (MAS) vs (JPN) Rena Miyaura/Ayako Sakuramoto - [11-21, 18-21]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (KOR) Baek Ha Na [2]/Lee So Hee - [17-21, 14-21]

------------------------------------

8 September 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (TPE) Ye Hong Wei/Lee Chia Hsin - [21-15, 13-21, 21-16]

[XD] Puavaranukroh [4]/Taerattanachai (THA) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [18-21, 19-21]

[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [21-19, 19-21, 11-21]

------------------------------------

9 September 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (FRA) Thom Gicquel [8]/Delphine Delrue - [16-21, 13-21]

[XD] Seo Seung Jae [5]/Chae Yu Jung (KOR) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [21-19, 21-11]

[MD] Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (KOR) Kang Min Hyuk [6]/Seo Seung Jae - [21-18, 21-17]

------------------------------------

10 September 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan bermula pada jam 1.00 tengah hari waktu Malaysia

[XD] Seo Seung Jae [5]/Chae Yu Jung (KOR) vs (FRA) Thom Gicquel [7]/Delphine Delrue - [21-19, 21-12]

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (KOR) Baek Ha Na/Lee So Hee - [21-11, 21-17]

[WS] An Se Young [1] (KOR) vs (JPN) Akane Yamaguchi [2] - [21-10, 21-19]

[MS] Viktor Axelsen [1] (DEN) vs (CHN) Lu Guang Zu - [21-16, 21-19]

[MD] Liang Wei Keng [3]/Wang Chang (CHN) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [21-12, 21-14]

------------------------------------

Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfworldtour.bwfbadminton.com

Post a Comment

Previous Post Next Post