Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan BWF Hong Kong Open 2023

Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan BWF Hong Kong Open 2023

Hong Kong Open 2023 atau secara rasminya digelar Victor Hong Kong Open 2023 merupakan sebuah kejohanan badminton yang bakal berlangsung di Hong Kong Coliseum dari 12 hingga 17 September 2023.

Hong Kong Open 2023 merupakan kejohonan ke-22 dalam kalendar BWF World Tour 2023 dan juga sebahagian daripada kejuaraan Hong Kong Open yang telah diadakan sejak 1982. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kong Kong Badminton Association bersama BWF.

Kejohanan Super 500 yang berlangsung selepas China Open 2023 ini menawarkan mata ranking serta menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD420,000 atau sekitar RM1.9 juta.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Hong Kong Open 2023

Kita bakal dapat saksikan barisan pemain ternama dunia dalam kejohanan ini termasuklah daripada Malaysia. Senarai pemain termasuk mereka yang berada dibawah naungan BAM dan pemain-pemain profesional negara.

Perseorangan Lelaki - Cheam June Wei, Leong Jun Hao, Lee Zii Jia, Ng Tze Yong

Perseorangan Wanita - Kisona Selvaduray, Goh Jin Wei

Beregu Lelaki - Chia Weijie/Liew Xun, Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe, Low Hang Yee/Ng Eng Cheong, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Junaidi Arif/Roy King Yap, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin/, Aaron Chia/Soh Wooi Yik

Beregu Wanita - Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Pearly Tan/Thinaah Muralitharan, Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing

Beregu Campuran - Roy King Yap/Valeree Siow, Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Hoo Pang Ron, Teoh Mei Xing

Siaran Langsung Perlawanan Badminton Hong Kong Open 2023

Kejohanan Terbuka Hong Kong 2023 ini akan bermula daripada pusingan kelayakan. Jadi mereka yang layak akan mara ke pusingan 32 dan seterusnya hinggalah ke final dengan format kalah mati dalam tiga perlawanan bagi setiap permainan.

Anda boleh saksikan perlawanan badminton untuk kejohanan ini menerusi saluran Astro Supersports 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Sebab ini kejohanan Super 500, tayangan siaran langsung hanya akan bermula di pusingan 16 terbaik pada khamis.

Bagi yang tiada akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi laman youtube rasmi BWF di BWFTV. Mungkin penggunaan VPN diperlukan untuk strim, khususnya untuk penonton di Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Malaysia Dalam BWF Hong Kong Open 2023

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan badminton untuk Hong Kong Open 2023 dan yang akan dipaparkan hanya melibatkan pemain-pemain negara. Keputusan hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

12 September 2023 (Selasa) - Pusingan Kelayakan, Q & Pusingan 32

Perlawanan bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia

[Pusingan Kelayakan, Q]

[WS] Lauren Lam (USA) vs (MAS) Kisona S - [21-23, 8-21]

[XD] Roy King Yap/Valeree Siow (MAS) vs (HKG) Yeung Ching Choi/Fan Ka Yan - [21-16, 21-11]

[MS] Xiaodong Sheng (CAN) vs (MAS) Leong Jun Hao - [15-21, 20-22]

[MS] Cheam June Wei (MAS) vs (AUS) Ricky Cheng - [21-13, 21-15]

[MD] Chia Weijie/Liew Xun (MAS) vs (CHN) Chen Xu Jun/Peng Jian Qin - [21-15, 21-10]

[MD] Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe (MAS) vs (HKG) Law Cheuk Him/Yeung Shing Choi - [20-22, 14-21]

------------------

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (IND) Kiran George - [22-20, 14-21, 21-14]

[MS] K Kolionen (FIN) vs (MAS) Cheam June Wei - [8-21, 21-18, 21-18]

[Pusingan 32]

Perlawanan bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia

[WD] Mayu Matsumoto [1]/Wakana Nagahara (JPN) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - 4.00 pm

[MD] Low Hang Yee/Ng Eng Cheong (MAS) vs (TPE) Fang Chih Lee/Fang Jen Lee - 4.00 pm

[MD] Ong Yew Sin [4]/Teo Ee Yi (MAS) vs (JPN) Keiichiro Matsui/Yoshinori Takeuchi - 5.40 pm

[WD] Pearly Tan [6]/Thinaah M (MAS) vs (GER) Linda Efler/Isabel Lohau - 6.30 pm

[MD] M Ahsan [5]/H Setiawan (INA) vs (MAS) Junaidi Arif/Roy King Yap - 7.20 pm

-------------------------------------------------

13 September 2023 (Rabu) - Pusingan 32

14 September 2023 (Khamis) - Pusingan 16

15 September 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

16 September 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

17 September 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan bermula pada jam 2.00 petang waktu Malaysia

[WD] Pearly Tan [6]/Thinaah M (MAS) vs (INA) A Rahayu [7]/Siti F Ramadhanti - [21-14, 22-24, 9-21]

[WS] Akane Yamaguchi [1] (JPN) vs (CHN) Zhang Yi man - [21-18, 21-15]

[XD] Guo Xin Wa/Wei Ya Xin (CHN) vs (HKG) Tang Chun Man/Tse Ying Suet - [21-13, 21-19]

[MS] Jonathan Christie [5] (INA) vs (JPN) Kenta Nishimoto - [12-21, 22-20, 21-18]

[MD] Kim Astrup [7]/Anders Rasmussen (DEN) vs (INA) Leo Rolly Carnando [6]/Daniel Marthin

-------------------------------------------------

Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan dalam Kong Kong Open 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfworldtour.bwfbadminton.com

Post a Comment

Previous Post Next Post