Skuad senior kini menghadapi cabaran di Sukan Asia Hangzhou, sebaliknya adik-adik junior akan bermain dalam saingan World Junior Mixed Team Championships 2023 atau dikenali dengan Suhandinata Cup bermula 25 hingga 30 September 2023 bertempat di Spokane, Washington, USA.
Kejohanan badminton ini merupakan acara tahunan dan kebiasaanya akan berlangsung dua pertandingan berbeza. Pada mulanya untuk acara Mixed Team Championships dan kemudian diikuti dengan acara individual championships atau digelar Eye Level Cup.
Untuk edisi 2023 ini, terdapat 40 negara yang mengambil bahagian antaranya adalah pasukan Malaysia. Kesemuanya dibahagikan dalam 8 kumpulan dimana terdiri daripada 5 pasukan setiap daripadanya. Malaysia telah diundi dalam kumpulan C.
- Kumpulan A : China, Korea Selatan, Australia, Belanda, Norway
- Kumpulan B : Jepun, Kanada, Singapura, Lithuania
- Kumpulan C : Malaysia, England, Latvia, Austria, Poland
- Kumpulan D : Jerman, India, Brazil, Cook Island
- Kumpulan E : Indonesia, Estonia, Armenia, Portugal, Georgia
- Kumpulan F : Perancis, Sepanyol, Ghana, Hong Kong, Belgium
- Kumpulan G : Chinese Taipei, Denmark, New Zealand, Slovakia, Tahiti
- Kumpulan H : Thailand, USA, Slovenia, Peru, Iceland
Untuk rekod, Korea Selatan merupakan juara bertahan pada edisi lalu yang diadakan di Santender, Sepanyol. Malaysia pernah menjuarai kejohanan ini sekali iaitu pada edisi 2011.
Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan World Junior Mixed Team Championships 2023
Berikut merupakan senarai pemain badminton junior Malaysia yang bakal menggalas cabaran di Suhandinata Cup 2023 kali dimana mereka merupakan pemain-pemain dibawah naungan BAM.
Lelaki - Eogene Ewe, Muhammad Faiq, Bryan Jeremy Goonting, Kang Khai Xing, Lee Jan Jireh, Lok Hong Quan, Low Han Chen, Sng Wei Ming, Aaron Tai.
Wanita - Chan Wen Tse, Chong Jie Yu, Lai Ting Cen, Ong Xin Yee, Oo Shan Zi, Carment Ting, Yi Xing Ung, Siti Zulaikha.
Siaran Langsung Kejohanan World Junior Mixed Team Championships 2023
Meskipun ini merupakan kejohanan terbesar bagi skuad junior badminton. Tetapi tiada tayangan siaran langsung yang dibawakan ke kaca tv sama ada menerusi saluran Astro mahupun RTM. Jadi tiada live di tv untuk edisi kali ini.
Walaupun begitu, anda boleh saksikan atau tonton perlawanan ini secara live streaming yang dibawakan menerusi saluran youtube rasmi BWF di BWF TV. Tetapi mungkin perlukan sambungan VPN untuk livestream khusus untuk pengguna di Malaysia.
Jadual Dan Keputusan Malaysia Di Kejohanan BWF World Junior Mixed Team Championships 2023
Jadi jangan terlepas untuk saksikan adik-adik junior beraksi dalam sukan badminton bagi kejohanan BWF World Junior Mixed Team Championships 2023 atau Suhandinata Cup. Keputusan akan dikemaskini khusus untuk pemain Malaysia sahaja dan dalam Kumpulan C.
*Waktu dan tarikh adalah mengikut masa Malaysia (my)
25 September 2023 (Isnin)
Malaysia (4) - (1) Poland
England (3) - (2) Austria
Malaysia (5) - (0) Austria
Latvia (0) - (5) Poland
-----------------------------------
26 September 2023 (Selasa)
England (3) - (2) Poland
Malaysia (5) - (0) Latvia
Austria (0) - (5) Poland
England (5) - (0) Latvia
-----------------------------------
27 September 2023 (Rabu)
Latvia (1) - (4) Austria - 11.30 pm
Malaysia (5) - (0) England - 11.30 pm
[XD] Low Han Chen/Chan Wen Tse (MAS) vs (ENG) Oliver Butler/Chloe Dennis - [21-16, 21-17]
[MS] Eogene Ewe (MAS) vs (ENG) Michael Pang - [21-6, 21-9]
[WS] Sit Zulaikha (MAS) vs (ENG) Leona Lee - [16-21, 21-18, 21-10]
[MD] Bryan Jeremy Goonting/Aaron Tai (MAS) vs (ENG) Robin Harper/Harry Wakefield - [21-12, 21-10]
[WD] Ong Xin Yee/Carmen Ting (MAS) vs (ENG) Lucy Brierley/Tashvi Parab - [21-11, 21-9]
------------------------------------
28 September 2023 (Khamis) - Suku Akhir
China (3) - (1) Jepun - 12.00 am
Indonesia (3) - (1) Perancis - 12.00 am
Chinese Taipei (3) - (2) Thailand - 12.00 am
Malaysia (3) - (0) India - 12.00 am
------------------------------------
29 September 2023 (Jumaat) - Separuh Akhir
India (3) - (1) Thailand
Jepun (3) - (0) Perancis
China (3) - (0) Malaysia
Indonesia (3) - (0) Chinese Taipei
30 September 2023 (Sabtu) - Final
China (3) - (1) Indonesia
Emas 🥇 - China
Perak 🥈 - Indonesia
Gangsa 🥉 - Malaysia dan Chinese Taipei
Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan dalam World Junior Mixed Team Championships 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com