Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Kawasaki Frontale AFC Champions League (ACL) 2023-2024

Siaran Langsung Live JDT vs Kawasaki Frontale AFC Champions League (ACL) 2023-2024

Aksi liga elit AFC Champions League (ACL) untuk musim 2023-2024 kini bermula dan salah satu perlawanan berlangsung antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kawasaki Frontale iaitu pada 19 September 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Aksi Liga Juara-Juara Asia akan bermula pada minggu ini di peringkat kumpulan. JDT yang menjadi satu-satunya wakil daripada Malaysia telah diundi dalam Kumpulan I bersama-sama Kawasaki Frontale, Ulsdan Hyundai dan BG Pathum United.

Jika dilihat dalam undian tersebut, JDT bersama sekali lagi dengan wakil Korea Selatan dan Jepun sama seperti musim lalu dan bersama dengan wakil Thailand iaitu BG Pathum United bagi aksi ACL untuk musim kali ini.

Sama seperti musim-musim sebelumnya dimana saingan ACL akan bermula di peringkat kumpulan dan dimainkan secara home away. Terdapat 10 kumpulan yang terdiri daripada 40 pasukan kesemuanya. Jadi 10 juara kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati di pusingan 16 terbaik bersama 6 naib juara terbaik.

Dalam perlawanan pertama ini, JDT akan bertemu dengan naib juara J1 League musim 2022-2023. Jika dilihat pertemuan kedua-dua pasukan ini, ianya berkelebihan kepada Kawasaki Frontale apabila menang sekali dan seri sekali.

Akan tetapi, kini JDT mempunyai pasukan yang lebih utuh berbanding musim-musim sebelumnya. Seperti yang kita tahu, dalam saingan liga juga, mereka kini masih belum tewas berbanding Kawasaki Frontale yang kini telah tewas sebanyak 11 kali dalam saingan liga mereka.

Jika diukur dengan pretasi semasa, JDT sepertinya mempunyai kelebihan dan ditambah pula untuk perlawanan pembukaan ini akan dimainkan di Johor yang mana menjadi antara kubu terkuat pasukan Harimau Selatan tersebut.

Siaran Langsung AFC Champions League (ACL) 2023-2024 JDT vs Kawasaki Frontale

Jadi untuk peminat dan penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan anda. Dapatkan tiket masuk yang kini telah dijual secara online di www.tickethotline.com.my.

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go khusus untuk pengguna pek sukan.

Selain itu, jika anda tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web sooka.my atau di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga RM34.90 sebulan.

Jadual Dan Keputusan ACL 2023-2024 JDT vs Kawasaki Frontale

Jangan terlepas untuk saksikan aksi Johor Darul Ta'zim FC vs Kawasaki Frontale FC dalam aksi AFC Champions League 2023-2024 pada 19 September ini, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Ismail atau live di Astro.

Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

19 September 2023 (Selasa)

FT : JDT (0) - (1) Kawasaki Frontale

Marcinho 45'

Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post