Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming Liga Super 2023

JDT vs PDRM menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu kedua puluh dua (LS22) bagi aksi Liga Super 2023 kali ini. Ianya bukanlah perlawanan antara top of the league atau antara pasukan yang kuat...

Tetapi perlawanan ini bakal menentukan JDT menjadi juara Liga Super 2023 sekali gus merangkul kejuaraan tersebut untuk sedekad lamanya iaitu buat kali ke-10 berturut-turut.

Segalanya bakal terjawab adalam pertemuan Johor Darul Ta'zim FC vs PDRM FC pada 27 September ini, hari Rabu dimana akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

62 mata itulah yang diperlukan oleh JDT ketika ini untuk merangkul trofi Liga Super tahun 2023. Ini bermakna, kini mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata sahaja.

Jika mereka menang pada perlawanan malam ini, mereka juara. Jika mereka seri pun, mereka akan menjulang trofi kejuaraan. Tetapi sekiranya tewas, ianya akan diteruskan lagi dalam LS23 kemudian.

Sebelum ini, sebenarnya JDT mampu untuk menyambut kemenangan lebih awal ketika berdepan Kedah pada Ogos lalu. Tetapi ianya dinafikan pada minit-minit akhir apabila berkesudahan dengan seri 3-3.

Misi tersebut diteruskan dan kali ini jika dilihat daripada perlawanan sudah, pasti tidak ada masalah untuk JDT menang berdepan PDRM. Lebih manis, kejayaan tersebut akan berlaku di halaman sendiri.

Jadi untuk semua penyokong JDT khususnya, datanglah beramai-ramai ke stadium pada malam ini. Dapatkan tiket segera dan mungkin akan ada pertunjukkan bunga api selepas perlawanan nanti.

Siaran Langsung JDT vs PDRM Liga Super 2023

Selain daripada penyokong JDT, mesti peminat bola sepak tanah air juga teruja untuk saksikan detik bersejarah apabila satu-satunya kelab bola sepak Malaysia menang piala liga sepuluh kali berturut-turut.

Jadi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey.

Untuk yang tiada tv, boleh live streaming menerusi laman web rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan aplikasi RTM Klik. Selain itu, boleh juga menggunakan aplikasi Sooka tanpa perlu kepada apa-apa langganan.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 LS22 JDT vs PDRM

Jadi jangan lupa temu janji kita pada malam ini di Stadium Sultan Ismail atau live di RTM bagi menyaksikan pertembungan JDT vs PDRM untuk aksi Liga Super 2023 LS22.

Keputusan perlawanan pula, akan dikemaskini disini selepas habis perlawanan pada malam tersebut. Mampukah untuk JDT merangkul kejuaraan?

27 September 2023 (Rabu)

FT : JDT (4) - (0) PDRM

Bergson da Silva 37'
Juan Muniz 40'
Arif Aiman 54' (P)
Fernando Forestieri 57'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : TV Okey
Live Streaming; RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post