Perlawanan bagi Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024 akan membuka tirai serentak bagi semua kumpulan dan ataranya adalah melibatkan Malaysia vs Bangladesh iaitu apda 6 September 2023, hari Rabu bertempat di Chonburi, Thailand.
Dalam perlawana kelayakan ini, terdapat 11 kumpulan dengan melibatkan 55 pasukan kesemuanya. Jadi pada 6 September ini akan berlangsungnya perlawanan pembukaan bagi setiap setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini.
Pada perlawanan kelayakan ini juga, ianya dimainkan secara berpusat, dimana akan ada satu pasukan yang diundi menjadi tuan rumah bagi melangsungkan kesemua perlawanan melibatkan pasukan dalam kumpulan tersebut.
Malaysia telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Thailand, Bangladesh dan Filipina. Maka Thailand telah dipilih menjadi tuan rumah bagi semua perlawanan yang melibatkan dalam kumpulan ini untuk pasukan didalamnya.
Untuk tahun 2023, Malaysia telah melayakkan diri ke kejohanan dwi-tahunan Piala Asia B-23 sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2018 dan 2020. Pencapaian terbaik adalah pada edisi 2018 apabila berjaya sampai ke pusingan suku akhir.
Pada edisi lalu pula, Malaysia diundi dalam Kumpulan C dimana terpaksa pulang tanpa sebarang mata apabila tewas ketiga-tiga perlawanan yang ketika itu Uzbekistan menjadi tuan rumah. Untuk edisi 2024 ini, giliran Qatar pula akan menjadi tuan rumah.
Untuk melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia B23 untuk tahun 2024 ini, hanya 16 pasukan sahaja yang terpilih. 11 pasukan merupakan juara kumpulan dalam perlawanan kelayakan ini diikuti dengan 4 naib juara terbaik dan Qatar yang telah layak secara automatik.
Adakah Malaysia mampu untuk melayakkan diri ke kejohanan ini buat kali ketiga pada tahun hadapan dengan mengikut jejak langkah skuad senior nanti? AFC U23 Asian Cup 2024 dijadualkan berlangsung pada 15 April hingga 3 Mei 2024 di Qatar.
Jadual Dan Siaran Langsung Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2023 Malaysia vs Bangladesh
Untuk penyokong pasukan negara, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan ditayangkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh live streaming menerusi RTM Klik.
Jadi jangan lupa untuk teruskan berikan sokongan kepada skuad Harimau Muda dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia B23 2024 iaitu antara Malaysia U23 vs Bangladesh U23 pada 6 September ini, hari Rabu bertempat di Chonburi, Thailand
6 September 2023 (Rabu)
FT : Malaysia (2) - (0) Bangladesh
Aliff Izwan 81'
Fergus Tierney 90+4'
Masa : 5.30 pm (myt)
Tempat : Stadium Chonburi
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2