Kini memasuki perlawanan kedua bagi pusingan Kelayakan Piala Asia B23 atau AFC U23 Asian Cup 2024 dan antara perlawanan adalah Malaysia vs Filipina iaitu pada 9 September 2023, hari Sabtu bertempat di Chonburi, Thailand.
Pada perlawanan pertama yang telah berlangsung pada 6 September lalu menyaksikan Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Bangladesh dengan jaringan 2-0 sekali gus meriah 3 mata pertama dalam kejohanan ini.
Dalam perlawanan tersebut, kita telah menyaksikan jaringan gol hanya hadir pada hujung-hujung perlawanan ketika memasuki minit ke-80. Jaringa pertama hasil daripada gerakan cantik dengan pengakhiran yang menarik daripada Aliff Izwan di minit ke-81.
Tapi sebelum tiupan wisel penamat, satu lagi jaringan dihasilkan daripada penyerang muda yang terus menempah nama dalam skuad Harimau Muda ini iaitu Fergus Tierney dengan jaringan yang dibuat pada minit ke-94.
Ini pastinya persembahan positif yang ditunjukkan oleh anak-anak buah E. Elavarasan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan selepas ini. Dengan barisan pemain yang hebat, keyakinan yang diperoleh, pastinya mereka mampu untuk layak ke Piala Asia B23 pada tahun hadapan.
Perlawanan seterusnya ini, Malaysia akan bertemu sebuah pasukan daripada rakan Asia Tenggara juga iaitu Filipina. Kali terakhir mereka bertemu juga dalam saingan pusingan kelayakan Piala Asia B23 iaitu pada tahun 2019 yang lalu. Malaysia menang 3-0 ketika itu bertemu Filipina.
Selain itu, Filipina sebenarnya bukanlah berada dalam prestasi yang baik terutamanya pada tahun 2023 ditambah pula mereka baru dibelasan Thailand pada perlawanan pertama sebelum ini dengan jaringan 5 gol tanpa balas.
Jika dilihat dalam lima perlawanan terakhir, mereka hanya mampu seri sekali sahaja iaitu dalam saingan Piala AFF pada Ogos yang lalu. Manakala empat perlawanan lain, mereka tewas kesemuanya iaitu sepanjangn 2022/2023.
Berbanding Malaysia yang telah menang tiga daripada lima perlawanan terakhir mereka pada tahun ini. Hanya pernah tewas sekali sahaja iaitu pada saingan Piala AFF U23 sebelum ini. Tetapi hakikatnya tewas sekali lagi iaitu menerusi sepakan penalti.
Ukur mengikut prestasi semasa, ianya pasti berpihak kepada skuad Harimau Muda negara. Mereka mungkin tiada masalah besar untuk menumpaskan Filipina dalam perlawanan kedua ini. Tetapi mereka harus tetap berwaspada supaya tidak jatuh kepada perangkap strategi daripada pihak lawan.
Selepas perlawanan bertemu Filipina, Malaysia akan berhadapan dengan perlawanan terakhir iaitu yang ketiga bertemu Thailand pada 12 September depan. Hanya juara yang akan berjaya mara ke Piala Asia B23 pada tahun hadapan. Empat pasukan naib juara perlu tunggu sehingga kesemua perlawanan setiap kumpulan selsai.
Jadual Dan Siaran Langsung Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2023 Malaysia vs Filipina
Unutk penyokong dan peminat pasukan bola sepak negara, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan ditayangkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, jika anda tidak mempunyai akses Astro, anda boleh saksikan di saluran RTM iaitu TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada tv, anda boleh tonton secara live streaming menerusi laman web rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi RTM Klik.
Jadi jangan lupa untuk terus berikan sokongan kepada skuad Harimau Muda dalam pusingan Kelayakan Piala Asia B23 2024 iaitu antara Malaysia U23 vs Filipina U23 pada 9 September ini, hari Sabtu bertempat di Chonburi, Thailand
9 September 2023 (Sabtu)
FT : Malaysia (4) - (0) Filipin
Mukhairi Ajmal 1'
T. Saravanan 6’, 61'
Harith Haiqal 23’
Masa : 5.30 pm
Tempat : Stadium Chonburi
Tayangan : Astro Arena 2, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2