Kini sudah memasuki pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 dan perlawanan pertama yang bakal berlangsung adalah pertemuan Negeri Sembilan FC vs Johor Darul Ta'zim FC pada 13 September 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Pusingan suku akhir ini akan dilangsungkan secara timbal balik sama seperti pusingan 16 sebelum ini dan juga pusingan separuh akhir selepas ini. Jadi perlawanan pertama main di Paroi dan perlawanan timbal balik kedua nanti akan berlangsung di Iskandar Puteri.
Pertemuan Negeri Sembilan Dan JDT
Ini merupakan pertemuan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan Negeri Sembilan dan JDT. Sebelum ini mereka bertemu buat kali pertama dan kali kedua adalah dalam saingan liga. Kedua-dua pertemuan tersebut dimenangi oleh JDT.
Sebelum langkah ke pusingan suku akhir ini, Negeri Sembilan telah bertemu Kelantan United di pusingan 16 terbaik. Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya dimenangi oleh Negeri Sembilan dengan jaringan 1-0 dan kemudian 4-2. Aggregat 5-2.
Manakala JDT tidak berdepan masalah ketika bertemu Kelantan. Pada pusingan pertama mereka menang 5-1. Kemudian pada perlawanan kedua, mereka membelasah dengan jaringan sehingga 10 gol tanpa balas seterusnya aggregat 15-1.
JDT kita sudah ketahui bagaimana prestasi semasa mereka sebelum ini apabila mereka tidak pernah mencatatkan sebarang kekalahan dalam semua kejohanan baik dalam liga, piala fa dan piala malaysia. Sungguh luar biasa.
Berbeza dengan Negeri Sembilan jika dilihat dalam lima perlawanan terakhir liga mereka. Dalam tempoh tersebut, mereka sudah tewas tiga kali dan seri dua kali. Jika diukur daripada pretasi semasa ini, mereka pastinya berhadapan masalah ketika bertemua JDT nanti.
Tapi pada perlawanan pertama ini, Negeri Sembilan mendapat sedikit kelebihan apabila dimainkan terlebih dahulu di tempat sendiri dan JDT akan menjadi pasukan pelawat. Jadi pastinya ini akan digunakan sebaiknya oleh skuad Jang Hobin.
Oleh itu, penyokong-penyokong Negeri Sembilan perlulah datang dan penuhkan stadium pada malam tersebut bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan tiket segera di laman web www.tickethotline.com.my.
Jadual Dan Siaran Langsung Suku Akhir Piala Malaysia 2023 Negeri Sembilan vs JDT
Jadi untuk anda yang rindukana aksi bola sepak tempatan selepas dua minggu rehat sebelum ini, boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv anda di Astro Arena Bola 803 atau secara online Astro Go.
Selain itu, bagi anda yang tidak mempunyai akses Astro, boleh tonton secara live streaming menerusi platfrom web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM9.90 untuk satu perlawanan.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan pertama Suku Akhir Piala Malaysia 2023 (QF-1) antara Negeri Sembilan vs JDT yang akan berlangsung pada 13 September 2023, hari Rabu, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi dan live di Astro.
13 September 2023 (Rabu)
FT : Negeri Sembilan (0) - (3) JDT
Arif Aiman 20'
Bergson da Silva 31' (P), 90+1'