Akhirnya yang ditunggu-tunggu kini telah tiba apabila kita bakal menyaksikan pertembungan Pahang Rangers vs JDT dalam peringkat final Malaysia Futsal Cup 2023 pada 10 September ini, hari Ahad bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
Nampaknya kita bakal dapat saksikan sekali lagi pertembungan untuk kedua-dua pasukan di saingan peringkat akhir dalam sesebuah kejohanan. Sebelum ini, merekta pernah bertemu di final MPFL 2023 yang dimenangi oleh Pahang Rangers.
Kali ini pasukan futsal Johor Darul Ta'zim pastinya tidak mahu pisah berbuah dua kali untuk mendapatkan takhta kejuaraan buat kali pertama dan tidak mahu ianya dilepaskan kepada pasukan yang sama telah menewaskan mereka sebelum ini.
Pahang Rangers berjaya ke peringkat akhir Malaysia Futsal Cup 2023 apabila membelasah Terengganu dengan jaringan aggregat 14-3. Pada perlawanan pertama, mereka menang 7-0. Manakala bermain di tempat lawan, mereka menang sekali lagi dengan jaringan 7-3.
Untuk pasukan JDT juga, sepertinya mereka tidak berhadapan dengan masalah ketika menentang pasukan gergasi futsal Selangor MAC. Kedua-dua perlawanan timbal balik turut dimenangi oleh JDT dengan aggregat 8-3.
Kini Pahang Rangers dan JDT akan membuat perhitungan sekali lagi. Untuk tahun 2023, Pahang Rangers sudah memili satu kejuaraan menerusi Malaysia Premier Futsal League 2023. JDT pastinya memburu kejuaraan untuk dibawa balik ke selatan tanah air. Atau Pahang Rangers menang untuk kali kedua.
Sebelum ini, telah berlangsung perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 antara Terengganu dan Selangor MAC iaitu pasukan yang telah tewas di pusingan separuh akhir. Ianya telah berlangsung pada belah petang.
Dalam perlawanan yang turut diadakan di Stadium Malawati ini, menyaksikan Selangor MAC berjaya mengawal permainan bermula daripada tiupan wisel permulaan lagi. Selangor MAC berjaya menumpaskan Terengganu dengan jaringan 7-2.
Pemilik tempat ketiga dan keempat sudah kita ketahui. Bagaimana pula dengan pemilik juara dan naib juara selepas ini? Pasukan manakah yang akan berjaya merangkul trofi kejuaraan untuk tahun 2023 ini nanti?
Siaran Langsung Dan Live Streaming Pahang Rangers vs JDT Final Malaysia Futsal Cup 2023
Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium pada malam ini, anda boleh saksikan perlawanan final futsal ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh layan perlawanan ini secara live streaming iaitu menerusi platform web sooka.my atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek sukan dengan harga bermula RM34.90 sebulan tanpa kontrak.
Jadi jangan lupa saksikan perlawanan final Malaysai Futsal Cup 2023 antara Pahang Rangers vs JDT pada 10 September ini, hari Ahad di belah malam secara langsung di stadium Malawati atau secara live di Astro.
10 September 2023 (Ahad)
AET : Pahang Rangers (4) - (4) JDT (Pen: 3-1)
Ekmal Shahrin 2', 23'
Ridzwan Bakri 17', 39'
Saad Sani 36' (GS)
Azwann Ismail 36'
Sergio Jamur 42'
Awaluddin 43'
Waktu : 8.30 Malam
Venue : Stadium Malawati
Tayangan : Astro Arena 801
Live Streaming : Astro Go | Sooka