Jika semalam kita sudah saksikan Terengganu dalam aksi pembukaan kumpulan G, kini satu lagi wakil Malaysia akan bermain di saingan peringkat Asia di AFC Cup 2023-2024.
Perlawanan ini adalah melibatkan Sabah FC vs Hougang United FC dimana ianya akan berlangsung pada 21 September 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah.
Sabah selaku pemenang tempat ketiga saingan Liga Super 2022 yang lalu telah mendapatkan slot kedua Piala AFC untuk musim 2023-2024 bersama Terengganu yang muncul naib juara sebelum ini.
Jadi pada musim kali ini, Terengganu dan Sabah akan meneruskan cabaran di AFC Cup. Manakala Johor Darul Ta'zim menjadi wakil tunggal di saingan AFC Champions League, ACL.
Jika Terengganu diundi dalam kumpulan G, Sabah berada dalam Kumpulan H bersama Hai Phong FC wakil Vietnam, Hougang United daripada Singapura dan PSM Makassar iaitu kelab bola sepak dari Indonesia.
Ini merupakan aksi kali pertama Sabah di peringkat Asia. Selain itu, ini juga pertemuan kali pertama untuk kedua-dua pasukan Sabah dan Hougang United. Pastinya tidak sabar-sabar untuk melihat sejauh mana kehebatan kedua-dua pasukan ini.
Tetapi disebabkan ianya dimainkan di Sabah, sedikit sebanyak akan memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah, Sabah FC. Ditambah pula dengan kehadiran penyokong pada malam tersebut.
Oleh itu, semua penyokong-penyokong pasukan Sabah, datang dan penuhkan stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda ini.
Tiket masuk kini sudah mula dijual dan orang ramai sudah boleh mula dapatkannya secara online iaitu menerusi laman web di www.tickethotline.com.my.
Siaran Langsung AFC Cup 2023-2024 Sabah vs Hougang United
Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang, perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming pada hari perlawanan menerusi platform web sooka.my atau di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga RM34.90 sebulan.
Jadual Dan Keputusan Sabah vs Hougang United Di AFC Cup 2023-2024
Jangan terlepas untuk saksikan aksi Sabah FC vs Hougang FC dalam aksi Piala AFC 2023-2024 pada 21 September ini, hari Khamis bertempat di Stadium Likas atau live di Astro.
Manakala keputusan perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
21 September 2023 (Khamis)
FT : Sabah (3) - (1) Hougang United
Gabriel Peres 5'
Darren Lok 38', 63'
Kazuma Takayama 61'
Masa : 8.00 pm
Venue : Stadium Likas
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka