Siaran Langsung Selangor vs Terengganu Live Streaming Suku Akhir Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Siaran Langsung Selangor vs Terengganu Live Streaming Suku Akhir Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Aksi kedua pusingan suku akhir Piala Malaysia 2023 akan mempertemukan kembali dua pasukan iaitu Selangor FC vs Terengganu FC pada 24 September ini, hari Ahad bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ini merupakan perlawanan timbal balik kedua untuk kedua-dua pasukan dimana sebelum ini mereka pernah bertemu bagi aksi pertama yang telah menyaksikan Terengganu menang 2-0 kepada Selangor ketika bermain di Gong Badak.

Kini giliran Selangor pula untuk menjadi tuan rumah dan akan melayan kunjungan Terengganu yang telah membawa bekal sedikit selesa dengan kelebihan dua jaringan berbanding Selangor pada perlawanan kali ini.

Jika dilihat kembali pada tahun 2022 yang lepas, Selangor berjaya mengatasi Terengganu di pusingan separuh akhir dan mara ke final bertemu JDT selepas menang di tempat sendiri, tetapi bernasib baik tewas tipis sahaja di Terengganu.

Kali ini, situasi sediki berbeza dengan jumlah jaringan. Terengganu masih ada kelebihan, tetapi bermain di Selangor juga menjadi kelebihan terpenting untuk skuad Gergasi Merah Kuning. Adakah mereka mampu comeback pada malam nanti?

Jadi penyokong-penyokong Selangor jadi lupa untuk penuhkan stadium pada malam perlawanan. Berikan sokongan penuh kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan segera tiket masuk yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2023 Selangor vs Terengganu

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv bagi penonton-penonton yang berada di rumah menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi platform web asd atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 bermula RM9.90 untuk pas satu perlawanan.

Jadi jangan lupa saksikan aksi kedua Suku Akhir Piala Malaysia 2023 (QF-2) antara Selangor vs Terengganu yang akan berlangsung pada 24 September ini di Stadium MBPJ.

24 September 2023 (Ahad)

FT : Selangor (1) - (1) Terengganu (Agg: 1-3)

Ivan Mamut 24' (P)
Safuwan Baharudin 69'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

*Terengganu berjaya ke separuh akhir Piala Malaysia bertemu KL City

Post a Comment

Previous Post Next Post