Aksi Liga Super berhenti seketika dan tumpuan kini beralah kepada perlawanan persahabatan FIFA dan akan bermula dengan pertemuan Syria vs Malaysia iaitu pada 6 September 2023, hari Rabu bertempat di stadium East-Town Football Park, Chengdu China.
Kali ini sedikit berbeza dengan perlawanan persahabatan sebelum ini yang mana kebiasaanya Malaysia akan menjadi tuan rumah. Kali ini Malaysia pula akan menjadi pasukan pelawat kepada China yang akan menjadi tuan rumah antara tiga pasukan.
Dalam kalendar FIFA kali ini, seperti biasa skuad Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 iaitu bertemu Syria pada perlawanan pertama dan berhadapan dengan China pada perlawanan kedua.
Seperti yang dijadualkan, Malaysia akan bertemu Syria terlebih dahulu pada 5 September 2023. Kemudian selang tiga hari, Malaysia akan berhadapan pula dengan China pada 9 September 2023. Seterusnya perlawanan terakhir China bertemu Syria pada 12 September pula.
Untuk rekod, Malaysia pernah bertemu Syria sebanyak tiga kal. Dua berpihak kepada Syria dan Malaysia pernah menewaskan Syria sekali iaitu pada 2009 juga dalam perlawanan persahabatan. Kali terakhir kedua-duanya bertemu adalah pada 2017 dan Malaysia tewas 1-2 kepada Syria.
Perlawanan persahabatan ini sekali lagi pastinya penting untuk anak-anak buah Kim Pan Gon terus mencari keserasian antara pemain. Ini berikutan penglibatan Malaysia dalam Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada awal 2024 kelak.
Meskipun Syria kini berada di kedudukan FIFA yang lebih tinggi iaitu di tangga ke-94 berbanding Malaysia di rangking 136, mereka pastinya akan terus berikan yang terbaik bagi mendapatkan mata untuk memperbaiki rangking FIFA.
Jadual Dan Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan FIFA 2023 Syria vs Malaysia
Pastinya penonton dan penyokong pasukan Harimau Malaya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan aksi-aksi bola sepak sebenar yang bakal ditonjolkan nanti. Pastinya mengharapkan permainan yang baik dan peroleh kemenangan.
Jadi jangan risau, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di Sooka.
Bagi yang tiada akses Astro, anda boleh tonton secara percuma di saluran TV9. Bagi yang ingin menonton secara online, anda boleh pergi ke laman web watch.tonton.com.my atau menggunakan aplikasi Tonton.
Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan persahabatan FIFA 2023 antara Syria dan Malaysia pada 6 September ini, hari Rabu secara langsung di Chengdu China atau live di saluran Astro dan TV9.
6 September 2023 (Rabu)
FT : Syria (2) - (0) Malaysia
Mardik Mardikian 12'
Yassin Samia 41'
Akhyar Rashid 51'
Darren Lok 85'
Masa : 5.00 pm (myt)
Tempat : Chengdu, China
Tayangan TV : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Sooka & Tonton