Jika semalam kita sudah saksikan JDT dalam aksi ACL. Kini tiba giliran kejohanan AFC Cup 2023-2024 pula dimana akan mempertemukan Terengganu vs Central Coast Mariner pada 20 September ini, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Untuk musim 2023-2024, Malaysia berjaya menghantar dua wakil bagi saingan Piala AFC iaitu Terengganu FC dan Sabah FC. Mereka akan mewakil kelab-kelab bola sepak daripada Malaysia untuk saingan kali ini.
AFC Cup merupakan kejohanan tahap kedua tertinggi di Asia selepas AFC Champions League dimana JDT kini menggalas cabaran di liga elit tersebut. Liga Juara-Juara Asia untuk juara liga, manakala AFC Cup untuk naib juara liga.
Terengganu berjaya ke saingan AFC Cup selepas berjaya menamatkan saingan di tempat kedua atau muncul sebagai naib juara Liga Malaysia 2022. Manakala Sabah layak ke saingan ini selepas mengambil kira kedudukan ketiga dalam saingan liga dalam musim yang sama.
Jadi Piala AFC, ianya akan bermula daripada peringkat kumpulan. Terdapat 11 kumpulan yang terdiri daripada 3-4 pasukan setiap daripadanya. Terengganu telah diundi dalam Kumpulan G bersama Bali United (Indonesia), Stallion Laguna (Filipina) dan Central Coast Mariner (Australia).
Untuk perlawanan pertama ini, Terengganu akan bertemu naib juara Liga Australia 2022-2023, A-League iaitu Central Coast Mariner. Ini merupakan pertemuan pertama untuk kedua-dua pasukan dan inilah masanya menguji pasukan manakah yang lebih hebat di peringkat Asia ini.
Tetapi ianya pasti memberi sedikit kelebihan kepada Terengganu FC apabila perlawanan ini akan berlangsung di Kuala Terengganu. Bermain di hadapan penyokong sendiri, pastinya akan memberikan semangat tambahan kepada pasukan tuan rumah.
Siaran Langsung AFC Cup 2023-2024 Terengganu vs Central Coast Mariner
Jadi untuk peminat dan penyokong Terengganu, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan kesayangan anda di peringkat Asia ini. Dapatkan tiket masuk yang kini telah dijual secara online di www.tickethotline.com.my.
Bagi yang tidak berkelapangan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go khususnya bagi pengguna pek sukan Astro.
Sekiranya anda tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web sooka.my atau di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga RM34.90 sebulan.
Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Central Coast Mariner
Jangan terlepas untuk saksikan aksi Terengganu FC vs Central Coast Mariner FC dalam aksi AFC Cup 2023-2024 pada 20 September ini, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin atau live di Astro.
Manakala keputusan perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
20 September 2023 (Rabu)
FT : Terengganu (1) - (0) Central Coast Mariner
Nathan Paull (OG) 45'+1
Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizanl Zainal Abidin
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka