Siaran Langsung Terengganu vs Selangor MAC Live Streaming Penentuan Ke-3/4 Malaysia Futsal Cup 2023

Siaran Langsung Terengganu vs Selangor MAC Live Streaming Penentuan Ke-3/4 Malaysia Futsal Cup 2023

Pada hujung minggu ini, akan berlangsung dua perlawanan futsal dan untuk yang pertama ini adalah perlawanan penentuan tempat ke-3/ke-4 bagi Malaysia Futsal Cup 2023 antara Terengganu vs Selangor MAC pada 10 September 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Manakala untuk perlawanan kedua pula yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat sukan futsal iaitu bagi final Malaysia Futsal Cup 2023 antara Pahang Rangers dan Johor Darul Ta'zim. Pertemuan kembali selepas final MPFL yang lalu.

Jadi untuk perlawanan pertama ini adalah mempertemukan dua buah pasukan yang telah tewas di pusingan separuh akhir sebelum ini. Terengganu tewas kepada Pahan Rangers, manakala Selangor MAC tewas kepada JDT.

Aksi Terengganu Dalam Malaysia Futsal Cup 2023

Terengganu bermula baik di pusingan suku akhir ketika bertemu Pulau Pinang. Dalam perlawanan pertama, mereka berjaya menewaskan Pulau Pinang di tempat sendiri dengan kemenangan 5-2.

Pada perlawanan timbal balik kedua yang dimainkan di Penang, mereka sekali lagi berjaya menang terhadap Pulau Pinang dengan kemenangan tipis 3-2. Dengan itu, secara aggregat Terengganu menang 8-4.

Kemenangan tersebut terhenti di separuh akhir ketika bertemu Pahang Rangers. Kedua-dua perlawanan dimenangi oleh Pahang Rangers. Kali pertama tewas 7-0 ketika bermain di Kuantan dan tewas sekali lagi ketika bermain di halaman sendiri dengan 7-3. Secara aggregat 14-3.

Selangor MAC Tidak Mampu Menyaingi Pihak Lawan

Selangor MAC mengalami aksi cemas pada pusingan suku akhir. Meskipun menang selesa 6-3 ketika bertemu Shah Alam, mereka tewas di perlawanan timbal balik dengan jaringan 2-4. Tetapi secara aggregat mereka berjaya mara ke separuh akhir dengan 8-7.

Nampaknya aksi sedikit longgar tersebut dibawa ke separuh akhir ketika bertemu JDT. Pada perlawanan pertama di tempat sendiri, Selangor MAC tewas 3 gol tanpa balas. Merasakan tugas sukar untuk bangkit di perlawanan timbal balik.

Hakikat tersebut benar-benar berlaku apabila Selangor MAC tewas sekali lagi dengan jaringan 3-5. Meskipun cuba untuk memberi saingan, tetapi JDT sepertinya masih gagah untuk meneruskan rentak kemenangan dengan aggregat 8-3.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Terengganu vs Selangor MAC

Untuk yang ingin menonton di stadium, boleh dapatkan sekarang tiket di www.myticketempire.com atau anda boleh tonton secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh layan perlawanan ini secara live streaming iaitu menerusi platform web sooka.my atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek sukan dengan harga bermula RM34.90 sebulan tanpa kontrak.

Jadi jangan lupa saksikan perlawanan futsal penentuan tempat ke-3 dan ke-3 Malaysia Futsal Cup 2023 antara Terengganu dan Selangor MAC pada 10 September ini, hari Ahad secara langsung di Stadium Malawatti atau di astro.

10 September 2023 (Ahad)

FT : Terengganu (2) - (7) Selangor MAC

Fariq Mohammad 6'
Nontawata Rakpitawong 19'
Faris Johan 33'
Matheus Vasconcelos Silva 36'
Syahir Iqbal Khan 36'
Khairul Effendy Bahrin 37' 38'
Takeshi Higuchi 37'
Shafiq Afnan Azmi 39'

Waktu : 4.00 Petang
Venue : Stadium Malawati
Tayangan : Astro Arena 801
Live Streamng : Astro Go | Sooka

*Selangor MAC muncul pemenang tempat ketiga Malaysia Futsal Cup 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post