Kini tiba perlawanan akhir yang juga perlawanan tumpuan antara kedua-dua pasukan iaitu Thailand vs Malaysia dalam pusingan Kelayakan Piala Asia B23 atau Qualifiers AFC U23 Asian Cup 2024 yang berlangsung pada 12 Disember 2023, hari Selasa bertempat di Chonburi, Thailand.
Pertemuan ini sangat penting untuk kedua-dua pasukan dimana bagi merebut slot 16 pasukan yang akan beraksi dalam saingan Piala Asia B23 pada tahun 2024 di Qatar. Untuk kumpulan H ini, masih tiada kata putus siapa yang layak beraksi di peringkat Asia nanti.
Untuk Malaysia, mereka perlu menang perlawanan ini tanpa mengira bilangan jumlah gol untuk layak. Jika seri, mereka perlu menunggu perlawanan daripada kumpulan lain untuk menjadi empat pasukan naib juara terbaik. Jika tewas, tiada slot untuk ke Asia.
Manakala untuk Thailand, mereka hanya perlu peroleh keputusan seri sahaja untuk layak. Sekiranya menang, bonus untuk mereka sapu bersih perlawanan dalam kumpulan ini dan mengumpul 9 mata maksima. Sekiranya tewas, mereka perlu tunggu untuk perlawanan lain juga.
Jadi dalam erti kata lain, Malaysia tidak boleh tewas mahupun seri. Mereka perlu atasi Thailand dengan barisan pemain yang cukup hebat setakat ini. Dalam perlawanan awal, mereka telah menang kedua-duanya dengan jumlah jaringan 6 gol.
Tetapi Thailand ada sedikit kelebihan apabila mempunyai defisit jaringan gol yang lebih banyak iaitu 8 gol. Sebab itulah, jika mereka menang, mereka muncul juara kumpulan. Tapi jika mereka seri sekali pun, mereka tetap juara kumpulan.
Skuad Harimau Muda yang dipimpin oleh E. Elavarasan pastinya tidak mahu kempunan ke Piala Asia terjadi dalam perlawanan terakhir. Sebaiknya, mereka juga ingin mengikuti jejak langkah skuad Harimau Malaya yang layak secara merit ke Piala Asia 2024.
Jadual Dan Siaran Langsung Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2023 Thailand vs Malaysia
Nampaknya perlawanan sebelum ini berbeza jika dibandingkan dengan perlawanan pertama. Ketika itu, ada siaran langsung yang dibawakan oleh RTM, tetapi untuk tidak perlawanan kedua. Sepertinya kali ketiga ini juga, tiada live di rtm.
Jadi untuk anda yang ingin saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv, anda boleh tonton menerusi saluran Astro Arena 2 803 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di Sooka.
Inilah perlawanan penentuan untuk skuad Harimau Muda Bawah-23 bagi pusingan Kelayakan Piala Asia B23 2024 Qatar antara Thailand vs Malaysia pada 12 September ini, hari Selasa bertempat di Chonburi, Thailand.
12 September 2023 (Selasa)
FT : Thailand (1) - (0) Malaysia
Yotsakon Burapha 20'
Masa : 9.30 PM
Venue : Stadium Chonburi
Tayangan : Astro Arena 2 802
Live Streaming : Link 1 | Link 2
*Thailand berjaya mara ke AFC U23 Asian Cup 2024 Qatar