Kini tiba acara terakhir bagi sukan Sepaktakraw di Sukan Asia 2022 Hangzhou iaitu menerusi acara Regu untuk kategori lelaki dan wanita.
Acara ini berlangsung selepas tamatnya acara Regu Berpasukan dan terbaru acara Quadrant. Kini bermula 5 hingga 7 Oktober 2023 akan berlangsung acara Regu Sepaktakraw.
Malaysia antara negara yang mengambil bahagian dalam acara ini bagi merebut pingat emas tetapi hanya untuk kategori lelaki sahaja dan tanpa wakil wanita.
Pada edisi 2018 di Jakarta lalu, Malaysia mempunyai penyandang pingat emas dan pastinya kali ini mereka tidak mahukan ianya terlepas kepada pasukan lain.
Regu Sepaktakraw akan bermula daripada peringkat kumpulan dan juara serta naib juara setiap kumpulan layak ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir.
Undian Pasukan Regu Sepaktakraw Sukan Asia 2022-2023
Berikut merupakan undian peringkat kumpulan bagi acara Regu Sepaktakraw untuk kategori lelaki dan wanita.
[Lelaki]
- Kumpulan A - Malaysia, Vietnam, Singapura
- Kumpulan B - Thailand, India, Filipina, Myanmar
[Wanita]
- Kumpulan A - India, Vietnam, China
- Kumpulan B - Korea, Myanmar, Thailand
Senarai Pemain Malaysia Dalam Acara Regu Sepak Takraw
Ini merupakan senarai pemain Malaysia yang akan menggalas cabaran bagi mengekalkan emas untuk edisi Sukan Asia 2022-2023 Hangzhou.
- Syahir Rosdi (Tekong)
- Zarif Marican (Tekong)
- Afifuddin Razali (Killer)
- Azlan Alias (Killer)
- Amirul Zazwan (Feeder)
Siaran Langsung Acara Regu Sepaktaraw Sukan Asia 2022 Hangzhou
Jika ada wakil negara, penonton di tanah air pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya. Nak lihat bagaimana atlet Sepak Takraw negara beraksi di bumi China.
Jadi jangan lupa saksikan perlawanan ini menerusi Astro Arena 801 atau saluran khas yang disediakan Astro Supersport (CH785-789). Selain itu, boleh juga tonton secara online di Astro Go dan Sooka.
Bukan itu sahaja, acara Sukan Asia 2022 ini juga turut disiarkan di RTM menerusi TV Okey dan Sukan RTM serta disediakan tonton live streaming menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.
Senarai Jadual Dan Keputusan Acara Regu Sepaktakraw Sukan Asia Hangzhou 2022-2023
Ini merupakan senarai penuh jadual dan keputusan perlawanan untuk acara sukan Regu Sepaktakraw yang melibatkan atlet Malaysia.
5 Oktober 2023 (Khamis) - Peringkat Kumpulan
Malaysia (2) - (1) Vietnam - 9.00 am
Malaysia (2) - (0) Singapura - 2.00 pm
6 Oktober 2023 (Jumaat) - Separuh Akhir/Pingat Gangsa Confirm
Malaysia vs TBD
7 Oktober 2023 (Sabtu) - Final/Pingat Emas