Siaran Langsung Live Bali United vs Terengganu AFC Cup 2023

Bali United vs Terengganu AFC Cup 2023

Semalam kita semua dah tengok wakil negara iaitu JDT dalam saingan ACL. Hari ini dan esok kita bagi tumpuan untuk dua lagi wakil untuk saingan AFC Cup pula iaitu Terengganu dan Sabah.

Jadi pada 4 Oktober 2023 iaitu hari Rabu akan berlangsung perlawanan Bali United vs Terengganu untuk aksi kedua kumpulan G dimana akan dimainkan di Stadium Captain 1 Wayan Dipta, Bali.

Dalam aksi pembukaan sebelum ini, kedua-dua pasukan telah berjaya mencatatkan kemenangan sekali gus peroleh 3 mata yang pertama dalam saingan 2023-2024.

Untuk Bali United, mereka berjaya menewaskan Stallion Laguna wakil Filipina dengan tempat lawan dengan jaringan 5-2.

Manakala Terengganu yang ketika itu melayan kunjungan wakil Australia iaitu Central Coast Mariners juga menang tetapi dengan jaringan tipis 1-0 sahaja.

Dengan kemenangan tersebut, Bali United mengungguli tempat pertama dan diikuti dengan Terengganu di kedudukan kedua.

Kini battle of winners pula akan berlangsung. Kedua-duanya sudah merasai kemenangan pada perlawanan pertama. Kali ini, pasukan manakah pula yang akan keciciran mata atau sebaliknya.

Kedua-dua pasukan ini juga tidak pernah bertemu sesama mereka. Ini merupakan kali pertama Bali United akan menguji kekuatan Terengganu.

Paling dekat pun, Bali United sebelum ini pernah bertemu wakil Malaysia juga dalam saingan AFC Cup iaitu Kedah pada musim lalu. Ketika itu Bali United menang 2-0.

Jadi masing-masing tidak mempunyai rekod pertemuan dan sukar untuk dijangka apakah yang mampu diberikan oleh pihak lawan.

Ini merupakan perlawanan terakhir untuk aksi kelab bola sepak sebelum berhenti rehat bagi memberi ruang aksi persahabatan antarabangsa FIFA pada minggu hadapan.

Jika di Malaysia, kita akan ada Pesta Bola Merdeka la. Jadi sebelum beri sokongan kepada Harimau Malaya, jom bagi sokongan kepada wakil negara dalam saingan di peringkat Asia dulu.

Siaran Langsung Bali United vs Terengganu AFC Cup 2023

Jika berkesempatan, boleh la datang ke Bali untuk menonton lebih dekat sekali gus memberikan sokongan kepada pasukan dan mungkin juga boleh jalan-jalan di sana selepas itu.

Tapi jika tidak, jangan risau anda boleh saksikan perlawanan ini di disini iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Takda astro pun takpa. Anda boleh langgan pek sukan di platfom web atau aplikasi Sooka dan menonton secara live streaming pada hari perlawanan.

Jadual Dan Keputusan AFC Cup 2023 Bali United vs Terengganu

Berikut merupakan jadual perlawanan untuk pertemuan Bali United vs Terengganu dalam aksi kumpulan G AFC Cup 2023.

Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut. Kita akan tahu siapakah pemenang antara kedua-dua pasukan ini.

FT : Bali United (1) - (1) Terengganu

Privat Mbarga 54'
Syahmi Zamri 84'

Tarikh : 4 Oktober 2023 (Rabu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Stadium Bali
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post