Dapatkan info perlawanan AFC Champions League (ACL) 2023 antara BG Pathum United vs JDT beserta info siaran langsung tayangan di tv beserta live streaming disini.
Perlawanan ini akan berlangsung pada 3 Oktober 2023, hari Selasa bersiaran pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Pathum Thani di Thailand
Pertembungan ini adalah yang kedua dalam kumpulan I bagi kedua-dua pasukan selepas masing-masing telah mengharunginya pada September yang lalu untuk perlawanan pembukaan.
Ketika itu, kedua-duanya tewas kepada pasukan lawan masing-masing. BG Pathum United tumpas kepada Ulstan Hyundai 3-1 manakala JDT tewas tipis 0-1 kepada Kawasaki Frontale.
Jadi kini BGPU dan JDT pastinya inginkan kemenangan kedua bagi menghidupkan peluang untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik selepas peringkat kumpulan ini.
Ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan. Sebelum ini, mereka pernah bertemu dalam perlawanan play-off pusingan kedua untuk kelayakan ACL 2015.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Thailand itu menyaksikan tuan rumah, BGPU berjaya memanfaatkan peluang tersebut dengan mengalahkan JDT dengan jaringan 3-0.
Kini keadaan sudah berbeza berbanding 8 tahun lalu. JDT berjaya layak ke ACL secara automatik pada tahun ini selepas bergelar juara Liga Super 2022.
Berbeza dengan BG Pathum United yang mana perlu mengharungi perlawanan play off sebelum layak ke peringkat kumpulan hari ini.
Jika dilihat prestasi semasa masing-masing dalam liga tempatan, JDT sangat berkelebihan berbanding BG Pathum United.
Setakat ini, JDT tidak pernah tewas dalam mana-mana perlawanan dalam saingan liga tempatan kecuali ketika bertemu Kawasaki Frontale dalam saingan ACL sebelum ini.
Manakala BG Pathum United kini telahpun tewas sekali dalam enam perlawanan awal saingan Thai League mereka. Tapi sudah pastinya mereka berkelebihan sebagai tuan rumah kali ini.
Siaran Langsung BG Pathum United vs JDT Di AFC Champions League 2023
Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan kedua dalam kumpulan I bagi saingan AFC Champions League (ACL) 2023 antara BG Pathum United vs Johor Darul Ta'zim (JDT) pada selasa ini.
Anda boleh tonton secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Boleh juga live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka.
Berikut merupakan jadual perlawanan dan keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
3 Oktober 2023 (Selasa)
FT : BG Pathum United (2) - (4) JDT
Victor Cardozo 5' (P), 55'
Arif Aiman 6', 78'
Bergson da Silva 14'
Juan Muñiz 53’
Masa : 8.00 pm
Venue : Stadium Pathum Thani
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka