Siaran Langsung Keputusan Hai Phong vs Sabah AFC Cup 2023

Siaran Langsung Keputusan Hai Phong vs Sabah AFC Cup 2023

Selain saingan ACL, pada minggu yang sama ini juga akan berlangsung AFC Cup dan salah satu wakil negara yang terlibat adalah dalam pertemuan Hai Phong FC vs Sabah FC.

Perlawanan ini akan berlangsung pada hari Rabu iaitu 25 Oktober 2023, pukul 6.00 petang bertempat di Stadium Lach Tray di Hai Phong, Vietnam.

Ini merupakan perlawanan ketiga dalam kumpulan H disamping satu lagi perlawanan yang berlangsung pada belah malam iaitu antara PSM Makassar dan Hougang United.

{tocify} $title={Table of Contents}

Sabah Ingin Terus Kekal Di Puncak

Sabah kini begitu selesa selepas selesai dua perlawanan awal. Manakan tidak menjadi satu-satunya pasukan dalam kumpulan tersebut yang mengumpul mata maksimum.

Ini bermakna, Sabah masih belum keciciran mata sama ada tewas mahupun seri.

Pada perlawanan pertama menentang Hougang United, Sabah menang 3-1. Kemudian bertandang ke Bali bertemu PSM Makassar juga Sabah menang lebih bergaya 5 gol tanpa balas.

Jika mereka menang sekali lagi, 9 mata dalam genggaman dan pastinya akan menjarakkan sedikit daripada pasukan-pasukan lain yang pastinya impian untuk mara ke peringkat seterusnya

Pertemuan Kali Pertama Hai Phong dan Sabah

Ini merupakan pertemuan pertama untuk kedua-dua pasukan. Meskipun dalam perlawanan antarabangsa, Vietnam sering bertemu Malaysia tetapi Hai Phong dan Sabah masih belum pernah bersemuka.

Jadi masing-masing mempunyai peluang sebenarnya untuk menang dalam perlawanan ini. Tetapi Hai Phong pastinya berkelebihan kerana bermain di homeground mereka.

Siaran Langsung Hai Phong vs Sabah

Nak tahu apakah kesudahannya, anda boleh saksikan perlawanan ini nanti secara langsung yang dibawakan ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek liga malaysia untuk dapatkan akses saluran Arena Bola.

Jadual Dan Keputusan AFC Cup 2023 - Hai Phong vs Sabah

Berikut merupakan jadual, tarikh dan waktu perlawanan Hai Phong vs Sabah dalam saingan AFC Cup 2023 pada 25 Oktober ini bertempat di Staidum Lach Tray.

25 Oktober 2023 (Rabu)

Hai Phong vs Sabah

Waktu : 6.00 Petang
Venue : Stadium Lach Tray
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Stremaing : Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post