Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia akan bertemu pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu dalam aksi separuh akhir untuk kejohanan Denmark Open 2023 pada 21 Oktober 2023, bersamaan dengan harga Sabtu.
Untuk info kejohanan BWF VICTOR Denmark Open 2023 akan berlangsung dari 17 hingga 22 Oktober 2023 iaitu selama 6 hari bertempat di Arena Fyn di Odense Denmark.
Ini merupakan kejohanan yang ke-18 dalam senarai BWF World Tour 2023 yang disertai oleh Lee Zii Jia disamping beberapa acara besar seperti Sukan Asia, Piala Sudirman, Kejohanan Dunia dan lain-lain lagi.
Dalam Denmark 2023, Lee Zii Jia yang kini berada di rangking ke-11 memulakan saingan pada peringkat awal di pusingan 32 terbaik sebagai bukan pilihan.
Lee Zii Jia vs Julien Carraggi
Untuk perbandingan, Lee Zii Jia kini baru sahaja melanjok ke tangga ke-11 dunia BWF pada 17 Oktober yang lalu dimana bakal berhadapan dengan pemain yang kini berada di kedudukan ke-43 dunia daripada Belgium.
Ini merupakan pertemuan kali pertama untuk kedua-dua pemain dalam aksi sukan badminton. Masing-masing belum mengenali lebih dekat corak permainannya dan masing-masing masih ada peluang untuk menang dan langkah ke pusingan seterusnya.
Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Julien Carraggi
Bermula pada pusingan 32 terbaik hari kedua, anda boleh saksikan perlawanan kejohanan Denmark Open 2023 secara langsung di kaca tv menerusi Astro Superspors (saluran 814) atau secara online di Astro Go dan aplikasu Sooka.
Jadi disebabkan perlawanan ini akan berlangsung dalam court 1, maka ianya akan ditayangkan di tv secara langsung pada malam ini.
Tetapi selain itu, jika tiada akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi saluran youtube rasmi BWF di @BWF TV secara percuma.
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Badminton Lee Zii Jia vs Lee Cheuk Yiu
Jadi jangan terlepas untuk saksikan Lee Zii Jia vs Lee Cheuk Yiu untuk aksi separuh akhir malam nanti nanti, 21 Oktober 2023, hari Sabtu dalam kejohanan Denmark Open 2023 dijangka bermain pada pukul 10.30 pm
Tetapi mungkin akan ada perubahan waktu sepanjang kejohanan berlangsung pada hari ini.
Pertemuan untuk kedua-dua pemain ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro. Jadi anda boleh la tonton di kaca tv nanti
Pusingan 32
[MS] Julien Carraggi (BEL) vs (MAS) Lee Zii Jia - [21-19, 15-21, 10-21]
Pusingan 16
[MS] Viktor Axelsen [1] (DEN)* vs (MAS) Lee Zii Jia - [WO]
Suku Akhir
[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (JPN) Kenta Nishimoto - [21-18, 21-18]
Separuh Akhir
[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (HKG) Lee Cheuk Yiu - 10.30 pm