{tocify} $title={Table of Contents}
Saingan Liga Super 2023 kini bersambung semula selepas hampir sebulan berehat dan kini memasuki hari kedua dan antara perlawanan berlangsung adalah pertemuan Kelantan United vs JDT.
Pertembungan antara kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 28 Oktober 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.
Ini merupakan pertemuan kedua untuk kedua-dua pasukan. Sebelum ini, mereka pernah beradu tenaga juga dalam saingan liga di pusingan pertama LS10 ketika bermain di SSI.
Pada perlawanan tersebut, Johor Darul Ta'zim selaku tuan rumah menggunakan kelebihan yang ada untuk menumpaskan pasukan lawan Kelantan United ketika itu dengan jaringan yang besar 6-0.
Tetapi itulah hakikat kekuatan yang dimiliki oleh juara Liga Super 2023 yang juga juara sedekad meskipun saingan liga kini masih berbaki, tapi mereka sudah pun ditabal sebagai juara.
JDT pastinya tidak mahu untuk tewas dalam perlawanan ini bagi mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini kepada mana-mana pasukan terutamanya dalam saingan tempatan.
Kini giliran Kelantan United pula menjadi tuan rumah. Sedikit sebanyak mereka mempunyai kelebihan berbanding pihak lawan. Mereka bermain di padang sendiri dan dihadapan penyokong setia mereka.
Jadi jika tidak mampu sekali pun untuk menumbangkan juara Piala FA 2023 tersebut, sekurang-kurangnya cuba untuk mencuri satu mata. Atau sekiranya tidak mampu juga, diharapkan janganlah bolos dengan jumlah yang besar.
Senarai Kesebelasan Utama Pemain Kelantan United Dan JDT
Berikut merupakan senarai kesebelasan utama bagi kedua-dua pasukan Kelantan United dan JDT dalam perlawanan ini.
Siaran Langsung Kelantan United vs JDT
Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawakan ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh langgan Sooka sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile dengan harga serendah RM9.90 untuk tontonan secara live streaming.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 LS23 antara Kelantan United vs JDT pada 28 Oktober ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhamamd Ke-IV.
28 Oktober 2023 (Sabtu)
FT : Kelantan United (0) - (2) JDT
Fernando Forestieri 75'
Bergson da Silva 90'
Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan TV : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Sooka