Siaran Langsung Keputusan Terengganu vs KL City 3.11.2023

Siaran Langsung KL City vs Terengganu Piala Malaysia 2023

{tocify} $title={Table of Contents}

Semalam kita sudah ketahui 1 pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Malaysia 2023 iaitu JDT apabila menang ke atas Perak dengan aggregat 12-2 secara keseluruhan.

Malam ini akan ada satu lagi slot yang perlu dipenuhkan untuk aksi final nanti dimana mempertemukan Terengganu FC dan KL City untuk aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 3 November 2023, iaitu hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Pada aksi pertama sebelum ini KL City terlebih dahulu menjadi tuan rumah dimana ketika itu perlawanan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Pertarungan sengit yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan apabila penentuan pemenang hanya berlaku pada saat-saat akhir perlawanan.

Terengganu berjaya mempertahankan 1 gol sehingga minit ke-89 sebelum KL City menjaringkan gol penyamaan ketika itu.

Tapi sepertinya nasib menyebelahi Terengganu apabila dalam masa tambahan, mereka dianugerahkan sepakan penalti yang tidak disia-siakan sekali gus membawa bekalan tipis ke 2-1 ke Terengganu.

Pada perlawanan di tempat lawan, Terengganu berjaya mengharungi perlawanan tersebut dengan baik. Main di tempat lawan pun, mereka mampu menang.

Kini bermain di Kuala Terengganu yang mana pasukan Terengganu FC pula akan menjadi tuan rumah dan KL City akan bertandang ke tempat lawan.

Sebelum ini pernah berlangsung KL City berjaya menang dengan penentuan sepakan penalti disini ketika bermain dalam saingan separuh akhir Piala FA 2023.

Kali ini sekali lagi perhitungan tersebut akan berlangsung. Adakah KL City mampu untuk mencipta sensasi sekali lagi? Atau Terengganu tidak mahukan ianya berulang sekali lagi.

Sejarah Pertemuan KL City vs Terengganu Tahun 2023

Kedua-dua pasukan KL City dan Terengganu telah bertemu 4 kali sepanjang tahun 2023. Secara keseluruhan dan tiada kemenangan yang dicapai dalam tempoh perlawanan sebenar kecuali dalam saingan Piala FA dan perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia.

Dalam saingan Liga Super, ketika bermain di Terengganu, perlawanan berkesudahan tanpa jaringan. Kemudian bermain di Cheras pula sekali lagi kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi mata dengan meraih keputusan 3-3.

Tetapi dalam siangan Piala FA yang mana ketika itu bermain Gong Badak, perlawanan berkesudahan tanpa jaringan dalam waktu sebenar sehingga terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas tamat 120 minit.

Tetapi itulah bola sepak apabila akan ada pasukan yang menang dan tewas. Menerusi penentuan sepakan penalti tersebut, KL City berjaya dengan jaringan 4-2 sekali gus mara ke final bertemu JDT ketika itu.

Sebelum ini pertemuan kali keempat, Terengganu berjaya menewaskan KL City dengan jaringan dalam tempoh masa sebenar. Tapi kali kelima ini pasukan manakah agaknya yang akan menang?

Senarai Pemain Keselebelasan Utama Terengganu Dan KL City

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama bagi pasukan Terengganu dan KL City dalam perlawanan ini.

~ akan dikemaskini

Siaran Langsung Terengganu vs KL CIty

Bagi yang berkesempatan untuk datan ke stadium, anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk dengan beli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium.

Manakala untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801, Arena Bola 803 serta di RTM TV Okey dan Sukan RTM.

Manakala untuk tontonan secara live streaming, boleh pergi ke laman web RTM Klik di rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan aplikasi Sooka. Boleh tonton secara percuma dan tidak perlu kepada langganan.

Jadual Dan Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2023 : Terengganu vs KL City

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi pasukan Terengganu vs KL City untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 3 November ini.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

*Terengganu mara ke final Piala Malaysia 2023 bertemu JDT

3 November 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (2) - (1) KL Citu (Agg:4-2)

Ivan Mamut 42', 68'
Romel Morales 51'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan TV : Astro Arena, Arena Bola, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

21 Oktober 2023 (Sabtu)

FT : KL City (1) - (2) Terengganu

Ivan Mamut 45+1'
Nik Sharif Haseefy 89'
Tchetche Kipre 90+5' (P)

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Bolasepak KL
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post