15 Lokasi Skrin Besar Malaysia vs India Pestabola Merdeka 2023

15 Lokasi Skrin Besar Malaysia vs India Pestabola Merdeka 2023

Table of Contents

Nampaknya setiap perlawanan sukan antarabangsa yang melibatkan pasukan negara terutamanya bola sepak akan disediakan tayangan skrin besar dan terbaru adalah untuk Pestabola Merdeka 2023.

Pihak Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JSBN) akan menyediakan skrin gergas untuk menonton perlawanan Malaysia vs India.

Pertembungan tersebut merupakan perlawanan pertama dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023 iaitu pada 13 Oktober 2023, hari Jumaat bermula pada pukul 9.00 malam.

Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mungkin ada antara anda yang tidak berkesempatan untuk datang tapi ingin merasai vibe di stadium.

Jadi menerusi tayangan skrin besar ini, orang ramai boleh berkumpul dan satu tempat dan pastinya akan memberikan vibe dan keadaan sama seperti menonton di stadium.

Mungkin juga ada antara anda yang tidak mempunyai akses Astro untuk menonton perlawanan Malaysia vs India ini kerana ianya ditayangkan di Astro Arena Bola 803.

Inilah peluang untuk anda bagi menyaksikan Pesta Bola Merdeka 2023 secara percuma, beramai-ramai di skrin gergasi yang lebih jelas di depan mata.

Tunjukkan bukan di stadium sahaja ada ekor harimau, tetapi yang menonton dari jauh terutamanya di lokasi-lokasi skrin besar ini juga akan menjadi ekor harimau menyokong skuad Harimau Malaya.

Pestabola Merdeka 2023

Pestabola Merdeka 2023 akan berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober 2023 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

4 pasukan yang mengambil bahagian iaitu Malaysia, India, Tajikistan dan Palestine. Tetapi disaat akhir Palestin menarik diri atas faktor pergolakan berlaku di negara mereka.

Jadi hanya melibatkan 3 pasukan dengan 2 perlawanan sahaja yang akan berlangsung. Pemenang antara Malaysia dan India akan bertemu Tajikistan di pusingan akhir bagi merebut trofi Pestabola Merdeka 2023.

Senarai Lokasi Skrin Besar Pesta Bola Merdeka 2023

Berikut merupakan senarai 15 lokasi seluruh Malaysia yang menyediakan tayangan skrin besar untuk menyaksikan Malaysia vs India dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023

Putrajaya

Dataran Putrajaya, Presint 3

Selangor

SACC Mall, Shah Alam

Kedah

SMK Sungai Layar, Sungai Petani

Negeri Sembilan

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

Terengganu

Dataran Pantai Butu Buruk Kuala Terengganu

Perlis

Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar

Labuan

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

Kelantan

Taman Etnobotani Gua Musang

Sarawak

R Man Corner Setia Raja, Mukah

Pahang

Padang MBK 1, Kuantan

Perak

Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Ipoh

Pulau Pinang

Esports Youth Cabin, Kepala Batas

Melaka

Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh

Johor

Dataran Tasik Bandar Penawar (lokasi baru)

Sabah

Kompleks Sukan Sandakan

Ayuh Malaysia! datang beramai-ramai di lokasi tayangan skrin besar dan tunjukkan semangat anda untuk menyokong Harimau Malaya.

15 Lokasi Skrin Besar Malaysia vs India Pestabola Merdeka 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post