Siaran Langsung Malaysia vs India Live Streaming Pesta Bola Merdeka 2023

siaran langsung malaysia vs india live streaming pestabola merdeka 2023

Table of Contents

Kini masanya telah tiba bagi menyaksikan aksi Harimau Malaya dimana akan berlangsung perlawanan Malaysia vs India dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023.

Perlawanan yang berlangsung pada 13 Oktober 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil ini turut diiktiraf sebagai Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA. Jadi ada mata yang boleh dikumpul.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan Harimau Malaya kembali beraksi di stadium keramat mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil kali ini.

Sebelum ini, jika ada perlawanan yang membabitkan pasukan bola sepak Malaysia, ianya telah diadakan di Johor dan Terengganu ekoran naik taraf padang yang dibuat selama 10 bulan.

Disamping padang stadium baru, keterujaan juga memancar dengan kembalinya kejohanan bersejarah negara iaitu Pestabola Merdeka untuk edisi 2023.

Ianya telah diadakan sejak 1953, Malaysia telah memenanginya sebanyak 10 kali dan kali terakhir adalah pada tahun 2013 iaitu menerusi skuad Harimau Muda.

Pada tahun itu juga lah kali terakhir Pestabola Merdeka diadakan sebelum edisi 2023. Ini bermakna, selepas 10 tahun, kejohanan ini kembali lagi dipertandingkan.

Pada awalnya, terdapat 4 pasukan yang mengambil bahagian termasuk tuan rumah, Malaysia. Tetapi disaaat akhir salah satu pasukan iaitu Palestin telah menarik diri atas faktor pergelokan yang sedang berlaku di negara tersebut.

Kini hanya 3 negara yang teruskan misi kejuaraan iaitu Malaysia, India dan Tajikistan.

Format asal, sepatutnya bermula pada pusingan separuh akhir, tetapi atas sebab kekurangan pasukan, hanya Malaysia vs India sahaja dimainkan, manakala Tajikistan mendapat Bye dan terus ke final.

Malaysia vs India Head-to-Head

Jika dilihat secara keseluruhan, Malaysia daa India pernah bertemu sebanyak 22 kali dalam pelbagai jenis perlawanan. Malaysia menang 10 daripadanya dan tewas 6 kali dan selebihnya seri.

Pertemuan kali terakhir adalah pada tahun 2011 dalam perlawanan persahabatan dan Malaysia telahpun tewas tipis 2-3 terhadap India dimana ketika itu kedua-dua gol dijaringkan oleh Safee Sali.

Kali terakhir Malaysia menang dengan India adalah pada tahun 1996 dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia. Ketika itu, Malaysia menang 5-2.

Kini kedua-dua pasukan sudah berbeza. Jika dibandingkan dengan rangking juga ada jurang perbezaan. Malaysia yang berada di tangga ke 136 dunia akan bertemu India di kedudukan 102 dunia dalam rangking FIFA.

Walaupun jika diatas kertas, India mampu untuk menumpaskan Malaysia, tetapi kelebihan sebagai tuan rumah juga akan memberi penambahan keyakinan untuk skuad Harimau Malaya.

Dikabarkan lebih 30,000 penonton dan penyokong pasukan kebangsaan Malaysia akan membanjiri stadium Nasional Bukit Jalil pada jumaat ini.

Ini pastinya akan memberikan tonik tambahan kepada para pemain dan pastinya akan menggerunkan pihak lawan.

Malaysia perlu menang perlawanan ini, bagi melayakkan diri ke pusingan final dan bermain sekali lagi untuk perlawanan kedua. Disamping mengejar trofi kejauraan, mata FIFA juga penting untuk terus memperbaiki rangking.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Perlawanan Ini

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama bagi pasukan Malaysia untuk menghadapi India dalam Pestabola Merdeka 2023

kesebelasan utama pemain malaysia vs india pestabola merdeka 2023

Siaran Langsung Malaysia vs India Pestabola Merdeka 2023

Bagi yang berada di rumah, anda juga boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

(tiada tayangan siaran langsung yang dibawakan oleh rtm ataupun tv9 seperti sebelum-sebelum ini)

Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming iaitu menerusi aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia yang mempunyai saluran Arena Bola dengan harga RM28.90 sebulan.

Tapi nak lebih havoc ketika menonton, anda boleh datang ke mana-mana lokasi tayangan skrin gergasi di seluruh negara. Boleh tengok ramai-ramai dan masuk percuma.

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs India Pestabola Merdeka 2023

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi pertama Pestabola Merdeka 2023 yang juga Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA antara Malaysia vs India pada 13 Oktober ini, hari Jumaat.

Jadual adalah seperti dibawah dan keputusan pula akan dikemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

13 Oktober 2023 (Jumaat)

FT : Malaysia (4) - (2) India

Dion Cools 7'
Naorem Mahesh Singh 13'
Arif Aiman 20' (P)
Faisal Halim 42'
Sunil Chhetri 51'
Corbin-Ong 61'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Malaysia ke final Pestabola Merdeka 2023 bertemu Tajikistan pada 17 Oktober ini

Post a Comment

Previous Post Next Post