Siaran Langsung Malaysia vs Tajikistan Live Streaming Final Pestabola Merdeka 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Tajikistan Live Streaming Final Pestabola Merdeka 2023

Misi Harimau Malaya dalam aksi Pestabola Merdeka 2023 masih belum selesai apabila akan berlangsung final antara Malaysia vs Tajikistan yang mana pemenang akan bawa pulang kejuaraan trofi.

Perlawanan yang ditunggut-tunggu ini akan berlangsung pada 17 Oktober 2023, bersamaan pada hari Selasa, pukul 9.00 malam dan masih ditempat yang sama Stadium Nasional Bukit Jalil.

{tocify} $title={Table of Contents}

Ini merupakan perlawanan final dama aksi Pestabola Merdeka 2023. Tajikistan mendapat Bye pada pusingan awal yang sepatutnya menentang Palestin yang mana mereka terpaksan menarik diri.

Manakala pasukan yang kini digeruni lawan, Malaysia layak ke final hasil kemenangan yang dicapai dalam aksi perlawanan pertama menentang India dengan kemenangan bergaya 4-2.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia beraksi sangat baik pada babak pertama dimana mereka berjaya mendahulu 3-1 sebelum habis 45 minit pertama.

Pada babak kedua, India ketika itu meningkatkan intensiti sekali gus berjaya menjaringkan satu gol tambahan sehinggalah Malaysia berjaya menambah satu lagi gol untuk menjarakkan jurang.

Selepas serangan bertalu-talu daripada India dengan bantuan padang yang rosak, Malaysia berjaya menyekat kemaraan tersebut sehinggalah wisel penamat ditiupkan.

India sudah ditumbangkan. Kini misi Malaysia untuk menewaskan satu lagi pasukan sekali gus mengekalkan trofi Pestabola Merdeka di bumi Malaysia dan pastinya dapat tambah point FIFA untuk perbaiki rangking.

Ingat pada tahun 2013, Harimau Muda berjaya memenangi kejohanan ini dimana ketika itu bermain di Kuantan. Jadi jangan biarkan trofi ini terbang ke Tajikistan. Terus biarkan ianya ada disini.

Pertembungan Malaysia vs Tajikistan

Malaysia yang kini menduduki tangga ke-136 dalam ranking FIFA akan bertemu satu lagi pasukan yang lebih tinggi rangkingnya iaitu Tajikistan yang kini berada di kedudukan 110.

Jika India, Malaysia mampu untuk tumbangkan. Tajikistan yang berada di kedudukan lebih rendah berbanding India, sepatutnya Malaysia juga mampu untuk berikan saingan.

Ditambah pula perlawanan ini berlangsung di homeground of Harimau Malaya di Bukit Jalil. Tambah lagi dengan kehadiran penonton yang luar biasa termasuklah ekor harimau sejati, Ultras Malaya.

Berdasarkan pertembungan kedua-dua pasukan ini yang pernah bertemu sebanyak 3 kali, nampak ianya seimbang. Malaysia dan Tajikistan masing-masing pernah menang sekali dan pertemuan kali terakhir pada tahun 2022 berkesudahan dengan keputusan seri dalam kejohanan King's Cup.

Tapi ketika itu perlukan penentuan pemenang dan sepak penalti telah diadakan. Nasib tidak menyebelahi skuad Harimau Malaya dimana tumpas 0-3 dan pulang sebagai naib juara sahaja.

Tidak mustahil, Malaysia mampu untuk mencatatkan kemenangan terhadap pasukan lawan jika meneruskan momentum seperti bermain bertemu India sebelum ini.

Semoga trofi Pestabola Merdeka akan dimenangi oleh skuad Harimau Malaya dan menjadi trofi pertama untuk ketua jurulatih, Kim Pan Gon.

Siaran Langsung Malaysia vs Tajikistan

Bagi yang berkelapangan ketika hari bekerja ini, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium untuk memberikan sokongan dan sorakan kepada pemain-pemain negara yang beraksi di atas padang.

Tapi jika anda tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau, ini kerana sama seperti pada perlawanan pertama dimana akan ada siaran langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Sebagai alternatif jika tiada Astro, anda boleh langgan Sooka menerusi web atau aplikasi untuk menonton live streaming dengan harga bermula RM28.90 sebulan.

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Tajikistan Pestabola Merdeka 2023

Jadi untuk semua rakyat Malaysia, jangan lupa saksikan Malaysia vs Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka 2023 pada 17 Oktober ini, hari Selasa.

Jadual adalah seperti dibawah. Manakala keputusan hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

17 Oktober 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (0) - (2) Tajikistan

Rustam Soirov 44'
Shahrom Samiev 88'

Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Tajikistan dinobatkan sebagai juara Pestabola Merdeka 2023. Malaysia sekadar berpuas hati sebagai naib juara.

Post a Comment

Previous Post Next Post