Peminat sukan Bola Jaring pastinya teruja dengan kembalinya kejohanan Netball Super League (NSL) untuk edisi 2023 kali ini dimana ianya akan berlangsung bermula 13 Oktober hingga 5 November 2023 bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Ini merupakan edisi ketiga untuk kejohanan berprestij bagi sukan Bola Jaring di Malaysia. Sebelum ini kita telah ketahui Johor Jewels muncul juara untuk edisi NSL 2022 selepas juara sulung dinobatkan pada tahun 2021 iaitu pasukan KL Wildcats.
NSL merupakan platform terbaik untuk atlet-atlet negara mempamerkan bakat dan kemampuan dalam sukan ini dimana kita tahu pasukan Bola Jaring kebangsaan antara pasukan yang digeruni di peringkat Asia dan Asia Tenggara.
{tocify} $title={Table of Contents}
Netball Super League (NSL)
Sukan Bola Jaring sangat popular di kalangan wanita. Jadi pastinya ramai yang tidak sabar untuk menunggu kembalinya saingan liga bola jaring yang kini kembali untuk edisi ketiga selepas sambutan yang hebat pada edisi-edisi sebelumnya.
Netball Super League atau selalu dipanggil NSL merupakan satu liga bola jaring profesional di Malaysia. Ianya merupakan anjuran Persatuan Bola Jaring Malaysia (PJBM) dan Astro bagi menaikkan lagi sukan ini di Malaysia.
Senarai Pasukan Bertanding
Sebanyak 8 pasukan yang mengambil bahagian dalam edisi NSL 2023 kali ini. 2 pasukan baru akan memberi saingan dan cabaran kepada pasukan-pasukan senior lain iaitu Putrajaya Dynamits dan Terengganu Marvel.
Berikut merupakan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam Netball Super League 2023 :
- Johor Jewels
- KL Wildcats
- Selangor Angels
- Perak Phoenix
- Negeri Sembilan Venom
- Pahang Tulips
- Putrajaya Dynamites
- Terengganu Marvel
Format Pertandingan
Kesemua lapan pasukan yang mengambil bahagian akan bermain dalam satu liga round-robin satu pusingan sahaja. Empat pasukan teratas pada akhir siangan akan layak ke separuh akhir dan final sehinggalah mengecapi kejuaraan.
Siaran Langsung NSL 2023 & Tiket Masuk
Seperti pada edisi-edisi lalu dan kali ini sekali lagi Astro Arena (saluran 801) menjadi platform utama bagi tayangan perlawanan siaran langsung setiap minggu termasuk ulasan perlawanan sama prematch mahupun postmatch. Juga tersedia di Astro Go dan Sooka.
Buat julung kalinya, NSL 2023 akan tembusi pasaran global apabila perlawanan-perlawanan terpilih akan disiarkan di W-Sport (saluran 815) yang mana saluran tersebut mengfokuskan kepada kandungan sukan wanita di seluruh dunia.
Tapi sekiranya anda ingin merasai kehangatan NSL dengan lebih dekat, anda boleh membeli tiket secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM15.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak
Jadual Perlawanan Netball Super League 2023
Netball Super League 2023 akan membuka tirai pada 13 Oktober sehingga ke peringkat final pada 5 November kelak. Jadi perlawanan akan diadakan setiap hujung minggu (4 minggu). Berikut merupakan senarai penuh jadual perlawanan NSL 2023.
Keputusan Perlawanan Netball Super League (NSL) 2023
Berikut merupakan keputusan penuh bagi setiap perlawanan yang telah berlangsung sepanjang minggu dalam saingan Netball Super League (NSL) 2023
Minggu 1
Jumaat, 13 Oktober 2023
FT : Negeri Sembilan (28) - (65) Perak Phoenix - 3.00 pm
FT : Johor Jewels (45) - (43) KL Wildcats - 5.00 pm
Sabtu, 14 Oktober 2023
FT : Terengganu Marvels (63) - (26) Negeri Sembilan Venom - 10.00 am
FT : Selangor Angels (47) - (42) Pahang Tulips -12.00 pm
FT : Perak Phoenix (47) - (55) Johor Jewels - 3.00 pm
FT : Putrajaya Dynamites (53) - (54) KL Wildcats - 5.00 pm
Ahad, 15 Oktober 2023
FT : Johor Jewels (54) - (23) Pahang Tulips - 10.00 am
FT : Putrajaya Dynamites (59) - (39) Negeri Sembilan Venom - 12.00 pm
FT : Perak Phoenix (47) - (42) Terengganu Marvels - 3.00 pm
FT : KL Wildcats (64) - (23) Selangor Angels - 5.00 pm
Minggu 2
Jumaat, 20 Oktober 2023
FT : Pahang Tulips (31) - (59) Terengganu Marvels - 3.00 pm
FT : Selangor Angels (34) - (73) Putrajaya Dynamites - 5.00 pm
Sabtu, 21 Oktober 2023
FT : Negeri Sembilan Venom (18) - (70) Johor Jewels - 10.00 am
FT : Pahang Tulips (36) - (63) KL Wildcats - 12.00 pm
FT : Selangor Angels (26) - (63) Perak Phoenix - 3.00 pm
FT : Terengganu Marvels (35) - (48) Putrajaya Dynamites - 5.00 pm
Ahad, 22 Oktober 2023
FT : Pahang Tulips (37) - (70) Putrajaya Dynamites - 10.00 am
FT : Negeri Sembilan Venom (36) - (41) Selangor Angels - 12.00 pm
FT : KL Wildcats (50) - (42) Perak Phoenix - 3.00 pm
FT : Johor Jewels (57) - (40) Terengganu Marvels - 5.00 pm
Minggu 3
Sabtu, 28 Oktober 2023
FT : Pahang Tulips (37) - (41) Negeri Sembilan Venom - 10.00 am
FT : Perak Phoenix (50) - (64) Putrajaya Dynamites - 12.00 pm
Selangor Angels vs Johor Jewels - 3.00 pm
Terengganu Marvels vs KL Wildcats - 5.00 pm
Ahad, 29 Oktober 2023
KL Wildcats vs Negeri Sembilan Venom - 10.00 am
Perak Phoenix vs Pahang Tulips - 12.00 pm
Terengganu Marvels vs Selangor Angels - 3.00 pm
Putrajaya Dynamites vs Johor Jewels - 5.00 pm
Minggu 4
SEPARUH AKHIR
Sabtu, 4 November 2023
TBD 1 vs TBD 4 - 1.00 pm
TBD 2 vs TBD 3 - 4.00 pm
AKHIR
Ahad, 5 November 2023
TBD vs TBD - 1.00 pm (Tempat ketiga)
TBD vs TBD - 4.00 pm (final)
Kedudukan Terkini Setiap Pasukan Dalam Saingan NSL 2023
Ini adalah kedudukan carta liga bola jaring bagi kejohanan Netball Super League 2023
Pasukan | PLD | GD | AVG% |
---|---|---|---|
Johor Jewels | 5 | 15 | 164.33 |
Putrajaya Dynamites | 5 | 12 | 152.26 |
KL Wildcats | 5 | 12 | 137.69 |
Perak Phoenix | 5 | 9 | 131.34 |
Terengganu Marvels | 5 | 6 | 114.35 |
Selangor Angels | 5 | 6 | 61.51 |
Pahang Tulips | 5 | 0 | 57.68 |
Negeri Sembilan Venom | 5 | 0 | 49.33 |
*akan dikemaskini setiap minggu