Ini la penentuan terakhir pasukan manakah yang bakal ke final Piala Malaysia 2023. Adakah JDT mampu sekali lagi ke pusingan akhir atau Perak akan memberi kejutan pada malam perlawanan nanti?
Ianya akan ditentukan dalam perlawanan kedua di separuh akhir ini dimana mempertemukan Johor Darul Ta'zim vs Perak pada 2 November 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Sultan Ismail.
{tocify} $title={Table of Contents}
Jika pada perlawanan pertama, Perak terlebih dahulu menjadi tuan rumah dan perlawanan timbal balik kedua ini, giliran JDT pula akan menjadi tuan rumah dan melayan kunjungan Perak.
Dalam perlawanan sebelum ini, kita sudah lihat bagaimana JDT mendominasi perlawanan secara keseluruhan meskipun ketika itu bermain di tempat lawan.
Tetapi itulah kekuatan JDT yang ditonjolkan sejak daripada awal musim lagi baik dalam saingan liga, Piala FA dan kini Piala Malaysia.
Dengan menggunakan kelebihan tersebut, JDT berjaya membawa bekalan yang selesa untuk bermain di SSI dengan jaringan 4 gol. Tetapi Perak berjaya mengurangkan defisit dengan 1 jaringan.
Jadi untuk Perak melayakkan diri ke final Piala Malaysia 2023, mereka sekurang-kurangnya perlu menjaringkan 4 gol tanpa melepaskan walau 1 gol kepada JDT.
Kita semua sedia maklum, JDT setakat ini tidak pernah kalah dalam mana-mana kejohanan peringkat tempatan dan juga telah menjaringkan setiap perlawanan yang dihadapi.
Oleh itu, agak mustahil sebenarnya untuk lihat JDT tidak berjaya mencatatkan sebagai gol pada perlawanan kali ini, ditambah pula mereka bermain di hadapan penyokong sendiri.
Tetapi dalam bola sepak tiada yang mustahil sebenarnya. Mana-mana pasukan jika kena strategi dan tektik, pasukan gergasi pun mampu untuk ditumbangkan.
Sejarah Pertemuan JDT vs Perak Tahun 2023
Untuk rekod, JDT dan Perak telah bertemu tiga kali termasuk pusingan pertama sebelum ini. Sebelumnya adalah dalam siangan Liga Super.
Meskipun sudah berlangsung di kedua-dua venue perlawanan, ianya tetap berkelebihan kepada Johor Darul Ta'zim.
Pada perlawanan pertama ketika bermain di Ipoh, Perak telah tumpas dengan jaringan 5 gol tanpa balas. Kemudian bermain di Iskandar Puteri pun Perak tewas dengan jumlah jaringan yang sama kepada JDT iaitu 5-0.
Kali ketiga juga bermain di Ipoh, mereka tewas 4-1 pula kepada JDT. Adakah kali keempat ini akan berlaku lagi keputusan yang sama atau sebaliknya?
Senarai Pemain Keselebelasan Utama Kedua-Dua Pasukan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama bagi pasukan JDT dan Perak dalam perlawanan ini.
~ akan dikemaskini
Siaran Langsung JDT vs Perak Piala Malaysia 2023
Untuk yang ingin menyaksikan perlawanan ini di stadium, anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk yang dijual sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my/.
Manakala untuk tontonan di rumah, anda boleh saksikan secara langsung menerusi Astro Arena Bola 804 serta secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh layan secara live streaming seperti biasa sama ada menggunakan platform web atau aplikasi Sooka. Langgan dengan harga bermula RM9.90 sebulan
Jadual Dan Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia: Perak vs JDT
Berikut merupakan jadual perlawanan kedua bagi pasukan JDT vs Perak bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 2 November ini.
Manakala keputusan perlawanan pula hanya akan dikemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
*JDT ke final Piala Malaysia 2023 selepas menang dengan aggregat 12-2
2 November 2023 (Khamis)
FT : JDT (8) - (1) Perak (Agg: 12-2)
Arif Aiman 12'
Bergson da Silva 27', 60'
Heberty 32', 90+1'
Fernando Forestieri 52'
Syafiq Ahmad 62', 78'
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
19 Oktober 2023 (Khamis)
FT : Perak (1) - (4) JDT
Oscar Arribas 7'
Arif Aiman 12'
Shahrul Saad 71'
Luciano Guaycochea 76'
Nazmi Faiz 81'