Jadual Siaran Langsung Pestabola Merdeka 2023 & Keputusan

Pestabola Merdeka 2023

Kehangatan kini sudah terasa apabila kejohanan bola sepak Asia tertua kembali semula iaitu Pestabola Merdeka untuk edisi 2023. Penuh nostalgia, penuh sejarah untuk sukan bola sepak di Malaysia.

Pestabola Merdeka 2023 akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober 2023 dan format masih dikekalkan iaitu melibatkan 4 pasukan sahaja termasuk tuan rumah.

Disamping kejohanan tersebut, sebenarnya ianya merupakan Perlawanan Persahabatan Tier 1 dan diiktiraf oleh FIFA. Jadi disamping mengejar kejuaraan dan trofi, pasukan yang menang juga peroleh mata rangking.

Jadi ianya bukan sekadar sebuah kejohanan, tetapi satu perlawanan penting bagi setiap pasukan yang mengambil bahagian. Sekali gus mampu untuk perbaiki rangking FIFA jika peroleh kemenangan dalam setiap perlawanan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Sejarah Pestabola Merdeka

Sejak ianya diadakan pada tahun 1957, kejohanan Pestabola Merdeka merupakan acara tahunan. Ianya diadakan bertujuan meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia dan ketika itu dimainkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Ianya berterusan sehingga tahun 1988 dan selepas itu, ianya dimainkan sebanyak 9 kali sahaja hingga tahun 2013. Jadi dalam tempoh tersebut, sudah banyak pasukan negara dan kelab yang mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka.

Korea pernah sertai. Iraq, Uzbekistan, Jepun, Argentina, Maghribi dan banyak lagi. Sebenarnya bukan pasukan negara sahaja yang turut serta, malahan ada kelab bola sepak juga seperti CSKA Sofia, Sao Paulo dan beberapa lagi yang lain.

Satu ketika, ianya merupakan kejohanan yang berprestij dengan penyertaan pasukan-pasukan besar. Mereka yang dijemput pasti berbangga untuk sertai kejohanan ini. Pernah juga digelar 'Piala Asia Mini' iaitu sekitar 1960-an.

Kali terakhir Pestabola Merdeka diadakan adalah pada tahun 2013 dan ketika itu disertai oleh Malaysia, Myanmar, Thailand dan Singapura dan kesemuanya adalah skuad muda sahaja. Harimau Muda peroleh kemenangan dengan menumpaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur.

Kini selepas 10 tahun terhenti, Pestabola Merdeka kembali lagi untuk edisi 2023. Kali ini pastinya lebih hebat, lebih menarik dan sudah tentu peminat-peminat bola sepak tempatan tidak sabar-sabar untuk kedatangan kejohanan ini semula.

Pasukan Terlibat Dalam Pestabola Merdeka 2023

Sama seperti edisi-edisi sebelum ini dimana hanya 4 pasukan yang terlibat dan mengambil bahagian dalam kejohanan Pestabola Merdeka termasuk pasukan tuan rumah, Malaysia.

Jadi untuk edisi 2023, pasukan yang mengambil bahagian adalah Malaysia, India, Tajikistan dan Palestine. Kesemuanya adalah melibatkan pemain utama bagi pasukan tersebut.

Tetapi dengan kemaskini terbaru, Palestine telah menarik diri di saat akhir ekoran situasi tegang yang berlaku di negara tersebut. Jadi kini hanya tinggal tiga pasukan sahaja.

Format Pertandingan Pestabola Merdeka 2023

Format kejohanan dikekalkan dengan melibatkan empat pasukan. Perlawanan akan bermula pada pusingan separuh akhir. Pasukan yang menang akan mara ke final bagi merebut trofi kejuaraan. Manakala yang tewas akan bermain dalam penentuan tempat ketiga.

Tetapi disebabkan tiada lagi pasukan Palestine, sepatutunya lawannya adalah Tajikistan yang kini terus mendapat 'Bye' dan masuk ke final. Jadi hanya menunggu dalam penentuan Malaysia vs India sahaja selepas ini.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Pestabola Merdeka 2023

Ianya bukan sekadar kejohanan biasa, tetapi merupakan perlawanan persahabatan tier 1 FIFA yang pastinya penting untuk negara. Jadi ketua jurulatih Kim Pan Gon telah memilih pemain yang terbaik untuk kejohanan ini

Senarai Pemain Malaysia Dalam Pestabola Merdeka 2023

Pembelian Tiket Masuk Ke Stadium

Buat kali pertama selepas beberapa bulan ditutup, Stadium Nasional Bukit Jalil secara rasmi akan digunakan yang pertama kali dalam kejohanan Pestabola Merdeka kali ini.

Pihak penganjur iaitu FAM telah menetapkan harga tiket masuk seperti dibawah dan pembelian boleh dibuat secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my

  • Terbuka = RM40
  • Kanak-Kanak = RM5
  • Grandstand = RM60
  • Premium = RM80

*1 tiket boleh digunakan untuk 2 perlawanan pada hari yang sama.

Siaran Langsung Pestabola Merdeka 2023

Ekor Harimau pastinya tidak ingin ketinggalan untuk berada di stadium dengan menyaksikannya dengan lebih dekat sekali gus ingin memberikan sokongan dan semangat kepada para pemain yang beraksi di atas padang.

Tapi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium pada hari perlawanan, jangan risau kerana anda boleh saksikan secara langsung yang akan disiarkan di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, bagi yang tiada akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia dengan harga RM28.90 untuk mendapatkan akses Arena Bola 803.

Kebiasaanya sebelum ini, jika melibatkan pasukan Harimau Malaya, selain Astro turut disiarkan di saluran tv yang lain juga. Setakat ini tiada pengumuman yang dibuat oleh pihak RTM mahupun saluran TV9.

Jadual Dan Keputusan Pestabola Merdeka 2023

Berikut merupakan jadual dengan kemaskini terbaru beserta keputusan bagi setiap perlawanan yang terlibat sepanjang kejohanan Pestabola Merdeka 2023

13 Oktober 2023 (Jumaat)

Tajikistan* vs Palestin (*BYE)

Masa : 4.30 Petang
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

FT : Malaysia (4) - (2) India

  • Dion Cools 7'
  • Naorem Mahesh Singh 13'
  • Arif Aiman 20' (P)
  • Faisal Halim 42'
  • Sunil Chhetri 51'
  • Corbin-Ong 61'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

17 Oktober 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (0) - (2) Tajikstan

  • Rustam Soirov 44'
  • Shahrom Samiev 88'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Tajikistan juara Pestabola Merdeka 2023

*Malaysia muncul sebagai naib juara

*Tiada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Terus ke final

Post a Comment

Previous Post Next Post