Kehangatan Liga Malaysia diteruskan lagi selepas Piala FA iaitu dengan kejohanan antara yang tertua di Asia iaitu Piala Malaysia 2023. Setiap pasukan pastinya mengimpikan kejuaraan ini pada setiap tahun termasuk edisi 2023.
Piala Malaysia 2023 akan berlangsung dari 3 Ogos hingga 9 Disember 2023 sekiranya tiada perubahan dimana akan datang dan kali ini akan melibatkan 16 pasukan terbaik iaitu 14 pasukan Liga Super dan 2 pasukan daripada Liga M3.
{tocify} $title={Table of Contents}
Sejarah Piala Malaysia 2023
Piala Malaysia telah bermula pada awal 1920-dan dan ketika itu digelar sebagai Piala Malaya dimana disertai oleh neger-negeri di Tanah Melayu. Kemudian ditukar kepada Piala HMS Malaya sempena nama kapal perak HMS Malaya. Pada tahun 1967, kejohanan tersebut ditukar kepada Piala Malaysia dan digunakan sehingga kini.
Sejak daripada awal kejohanan, Selangor menjadi pemenang atau juar terbanyak iaitu dengan catatan 33 kali termasuk 2 kali juara bersama Singapura. JDT merupakan penyandang juara untuk edisi 2022 yang lalu selepas menumpaskan Selangor 2-1.
Kini piala teragung ini kembali dan pasukan manakah yang agaknya mampu untuk merampas trofi tersebut daripada JDT pada tahun 2023 ini? Atau mungkin JDT akan terus menyimpannya dan menjadi juara kali keempat pada tahun ini?
Senarai Pasukan Dalam Piala Malaysai 2023
Trofi kejuaraan Piala Malaysia akan direbut oleh 16 pasukan yang terdiri daripada pasukan Liga Super:
- Perak
- Kedah Darul Aman
- Penang
- KL City
- PDRM
- Selangor
- Kelantan
- JDT
- Terengganu
- Sri Pahang
- Kelantan United
- Negeri Sembilan
- Kuching City
- Sabah
Serta pasukan Liga M3:
- Kuala Lumpur Rovers
- Harini Selangor FT
Format Pertandingan Piala Malaysia 2023
Kesemua 16 pasukan akan bermain pada peringkat awal dari pusingan 16 terbaik. Mereka akan bermain secara kalah mati dengan perlawanan timbal balik secara home dan away.
Pasukan yang mempunyai aggregat jaringan gol yang lebih besar dalam dua perlawanan, mereka akan mara ke pusingan suku akhir, separuh akhir dan seterusnya sehinggalah ke final Piala Malaysia.
Pembelian Tiket Masuk ke Stadium
Penjualan tiket sama seperti dalam saingan Liga Super dan Piala FA sebelum ini. Setiap pasukan tuan rumah akan menjual tiket masuk ke stadium dengan dua kaedah sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal di perkarangan stadium.
Harga bagi setiap tiket adalah bergantung kepada tuan rumah. Jadi anda boleh semak di laman web tersebut sebelum buat pembelian.
Siaran Langsung Piala Malaysia 2023
Penonton dan penyokong setiap pasukan pastinya tidak sabar-sabar untuk menantikan dan menyaksikan aksi Piala Malaysia 2023 yang akan berlangsung kali ini. Adakah pasukan anda mampu untuk pergi ke pusingan lebih jauh?
Jadi untuk ketahui, jangan lupa untuk datang ke stadium dan menyaksikannya dengan lebih dekat. Tapi sekiranya tidak berkesempatan, anda turut boleh saksikan secara langsung yang akan dibawakan ke kaca tv.
Anda boleh tonton menerusi saluran Astro dan RTM. Untuk saluran Astro, boleh pergi ke Astro Arena 801, Arena Bola 803 dan Arena Bola 2 804 juga secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.
Tapi selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia dengan harga RM28.90 sebulan. Anda juga boleh tonton secara percuma di RTM Klik.
Jadual Dan Keputusan Piala Malaysia 2023
Berikut merupakan jadual dan kemaskini terbaru beserta keputusan bagi setiap perlawanan dari pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan final Piala Malaysia 2023
[Pusingan 16 Terbaik] - 1
3 Ogos 2023 (Khamis)
FT : Perak (3) - (1) Kedah
FT : Penang (0) - (4) KL City
FT : PDRM (1) - (4) Selangor
4 Ogos 2023 (Jumaat)
FT : Kelantan (1) - (5) JDT
FT : KL Rovers (0) - (4) Terengganu
FT : Harini FT (2) - (3) Sri Pahang
5 Ogos 2023 (Sabtu)
FT : Kelantan United (0) - (1) Negeri Sembilan
FT : Kuching City (0) - (3) Sabah
[Pusingan 16 Terbaik] - 2
18 Ogos 2023 (Jumaat)
FT : KL City (1) - (0) Penang
FT : Kedah (2) - (1) Perak
FT : Terengganu (3) - (0) KL Rovers
19 Ogos 2023 (Sabtu)
FT : Selangor (1) - (2) PDRM
FT : Sabah (1) - (1) Kuching City
FT : JDT (10) - (0) Kelantan
20 Ogos 2023 (Ahad)
FT : Sri Pahang (2) - (0) Harini FT
FT : Negeri Sembilan (4) - (2) Kelantan United
[Suku Akhir] - 1
13 September 2023 (Rabu)
FT : Negeri Sembilan (0) - (3) JDT
15 September 2023 (Jumaat)
FT : Sabah (2) - (2) Perak
16 September 2023 (Sabtu)
FT : Terengganu (2) - (0) Selangor
17 September 2023 (Ahad)
FT : KL City (1) - (0) Sri Pahang
[Suku Akhir] - 2
23 September 2023 (Isnin)
FT : JDT (4) - (1) Negeri Sembilan
24 September 2023 (Selasa)
FT : Sri Pahang (1) - (1) KL City
FT : Selangor (1) - (1) Terengganu
25 September 2023 (Rabu)
FT : Perak (1) - (0) Sabah
[Separuh Akhir] - 1
19 Oktober 2023 (Rabu)
FT : Perak (1) - (4) JDT - 9.00 pm
21 Oktober 2023 (Jumaat)
FT : KL City (1) - (2) Terengganu - 9.00 pm
[Separuh Akhir] - 2
2 November 2023 (Khamis)
FT : JDT (8) - (2) Perak (Agg: 12-2) - 9.00 pm
3 November 2023 (Jumaat)
Terengganu vs KL City (Agg: 2-1) - 9.00 pm
[Final]
JDT vs TBD
*Tarikh, jadual dan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa