Akan berlangsung satu lagi perlawanan melibatkan wakil Malaysia antara PSM Makassar FC vs Sabah FC pada 5 Oktober 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Captain 1 Wayan Dipta di Bali.
Ini merupakan perlawana kedua dalam kumpulan H yang mana masing-masing telah mengharungi perlawanan pembukaan dengan nasib yang berbeza.
PSM Makassar berkunjung ke Vietnam bagi berhadapan dengan Hai Phong FC. Tetapi mereka ditewaskan dengan jaringan 3-1 pada perlawanan tersebut.
Berbeza dengan nasib Sabah apabila mereka bermula dengan aksi pembukaan AFC Cup dengan bergaya apabila menang dengan Hougang United dengan jaringan 3-1.
Sebelum ini, kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu. Ini merupakan pertembungan kali pertama yang pastinya menarik untuk disaksikan pasukan manakah yang lebih handal.
Tapi PSM Makassar sebelum ini pernah bertemu wakil Malaysia iaitu KL City juga dalam saingan AFC Cup. Wakil negara lebih hebat ketika itu apabila KL City menang 5-2 dan berjaya mara ke pusingan seterusnya.
Siaran Langsung AFC Cup 2023 - PSM Makassar vs Sabah
Jadi untuk penyokong Sabah terutamanya dan semua peminat bola sepak, jangan lupa saksikan perlawanan PSM Makassar FC vs Sabah FC pada 5 Oktober ini, hari Khamis pada pukul 8.00 malam.
Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan untuk menyaksikannya.
5 Oktober 2023 (Khamis)
FT : PSM Makassar (0) - (5) Sabah
Darren Lok 6'
Gabriel Peres 46'
Stuart Wilkin 73'
Farhan Roslan 90+3
Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Bali
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka