Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs Terengganu Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs Terengganu Liga Super 2023

{tocify} $title={Table of Contents}

Hujung minggu ini kita bakal dapat saksikan satu derby pantai timur dimana mempertemukan dua buah pasukan iaitu Sri Pahang vs Terengganu.

Pertemuan ini akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 29 Oktober 2023, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam.

Ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan ini sepanjang tahun 2023. Kali pertama mereka bertemu juga dalam saingan liga pada LS10 pada bulan April yang lalu.

Dalam pertembungan antara Sri Pahang dan Terengganu yang berlangsung di Gong Badak itu telah menyaksikan pasukan pelawat berjaya mencuri 3 mata apabila menang 2-1 dalam tempoh 90 minit.

Pada petemuan pertama bermain di halaman sendiri, Terengganu tewas. Kini pertemuan kedua, tetapi bermain di tempat lawan pula, adakah Terengganu mampu untuk mendapatkan sesuatu?

Jika dilihat faktor tempat sendiri, pastinya berkelebihan kepada Sri Pahang. Sudah biasa dengan padang dan juga pastinya kehadiran penonton sendiri akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Untuk meliha prestasi semasa dalam saingan liga juga kedua-dua pasukan tidak jauh beza sebenanrya. Dalam lima perlawanan terakhir, masing-masing meraih 3 kemenangan.

Tetapi sekali lagi Sri Pahang berkelebihan kerana mereka mempunyai masa yang cukup untuk mengembalikan kecergasan kepada setiap pemain berbanding Terengganu.

Ini kerana Terengganu kini masih bersaing dalam 2 lagi kejohanan iaitu Piala Malaysia dan AFC Cup. Ini pastinya akan memberikan sedikit keletihan kepada pemain-pemain ketika berhadapan dengan Sri Pahang nanti.

Jika dirangkumkan kesemuanya, perlawanan ini pastinya memihak kepada pasukan tuan rumah, Sri Pahang. Jadi mereka perlu mempergunakan kelebihan yang ada ini untuk meraih kemenangan.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka seharusnya tidak boleh bermain sambil lewa. Ini adalah sukan bola sepak dan apa-apa kebarangkalian boleh berlaku bila mereka memandang rendah dan tidak fokus.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama

Berikut merupakan senarai pemain dan kesebelasan utama bagi pasukan Sri Pahang dan Terengganu dalama perlawanan

pemain kesebelasan utama sri pahang vs terengganu

Siaran Langsung Sri Pahang vs Terengganu Liga Super 2023

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM.

Manakala untuk tontonan secara live streaming, anda boleh pergi ke laman web rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan platform Sooka. Tidak perlu langganan dan boleh tonton secara percuma.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan derby pantai timur bagi aksi Liga Super 2023 LS23 antara Sri Pahang vs Terengganu pada 29 Oktober ini, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur.

29 Oktober 2023 (Ahad)

FT : Sri Pahang (2) - (2) Terengganu

Omid Nazari 25', 72'
Rafael Silva 78'
Sergio Aguero 80'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Post a Comment

Previous Post Next Post