Selepas selesai Sabah dalam perlawanan sebelum ini, Terengganu FC pula menunggu giliran bagi menghadapi Stallion Laguna FC dalam saingan AFC Cup 2023.
Perlawanan Terengganu vs Stallion Laguna akan berlangsung pada 26 Oktober 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Terengganu akan menguji kekuatan kelab daripada Filipina itu di Kuala Terengganu dalam perlawanana ketika untuk kumpulan G.
{tocify} $title={Table of Contents}
Misi Wajib Menang Terengganu
Jika dilihat dari segi prestasi Stallion Laguna dalam saingan kali ini, sepatutnya Terengganu tidak berhadapan masalah untuk meraih 3 mata.
Pada perlawanan pembukaan, Stallion tewas 2-5 kepada Bali United. Kemudian perlawanan kedua berlangsung di Australia, Stallion tewas lagi tetapi dengan jaringan yang lebih besar 9-1.
Tidak boleh tidak jika dibandingkan dengan prestasi Terengganu, mereka sepatutnya akan menang dan mungkin jauh lebih besar jaringannya berbanding pasukan lain.
Pertemuan Terengganu Bertemu Stallion Laguna
Sebab itu prestasi semasa digunakan sebagai kayu pengukur untuk menjangkakan pasukan mana yang akan menang dalam perlawanan ini.
Ini kerana kedua-duanya tidak pernah bertemu sebelum ini. Ini merupakan kali pertama Teregganu berhadapan dengan pasukan daripada Filipina iaitu Stallion Laguna.
Siaran Langsung AFC Cup 2023
Nak tahu adakah Terengganu mampu untuk merialisasikan impian tersebut, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan online Astro Go.
Untuk yang tiada akses Astro, boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek liga malaysia untuk dapatkan akses Arena Bola.
Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Stallion Laguna AFC Cup 2023
Berikut merupakan jadual, tarikh dan waktu perlawanan Terengganu vs Stallion Laguna dalam aksi AFC Cup 2023 pada 26 Oktober ini, hari Khamis bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Untuk ketahui keputusan perlawanan pula, ianya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada petang tersebut.
26 Oktober 2023 (Khamis)
Terengganu vs Stallion Laguna
Masa : 4.00 Petang
Venue : Stadium Gong Badak
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka