Siaran Langsung Ulsan Hyundai vs JDT Live Streaming ACL 2023

Siaran Langsung Ulsan Hyundai vs JDT Live Streaming ACL 2023

Saingan AFC Champions League 2023 diteruskan lagi minggu ini dan salah satu perlawanan yang berlangsung adalah antara Ulsan Hyundai FC vs Johor Darul Ta'zim FC.

Kelab Korea vs kelab Malaysia. Bekas juara liga K League 2022 vs bekas juara Liga Super 2022. Pasukan manakah agaknya yang lebih kuat kali ini?

Perlawanan ini akan berlangsung pada 24 Oktober 2023, hari Selasa pada pukul 6.00 petang bertempat di Stadium Ulsan Munsu di daerah Ulsan, Korea Selatan.

{tocify} $title={Table of Contents}

JDT Buru Kemenangan Seterusnya

Wakil tunggal negara, JDT pastinya mengimpikan dan sangat inginkan kemenangan ini bagi terus bersaing dalam peringkat kumpulan ini seterusnya menjadi juara dan layak ke pusingan seterusnya.

Meskipun bermain di tempat lawan, ini tidak akan mematahkan dan melemahkan semangat pemain-pemain JDT untuk berikan yang terbaik di atas padang.

Sejarah Pertemuan Ulsan Hyundai Dan JDT

Kemenangan yang diimpikan itu bukanlah sesuatu yang mustahil meskipun bertemu pasukan di sebuah kelab antara yang terbaik di dunia.

Ini kerana dalam pertemuan kedua-dua perlawanan sebelum ini, JDT mampu untuk menang kesemua terhadap Ulsan Hyundai.

Mereka sebelum ini pernah diundi dalam kumpulan yang sama iaitu pada edisi 2022 yang lalu. Tapi Ulsan tidak berjaya menyekat kemaraan serangan yang diatur oleh JDT ketika itu.

Disebabkan itulah, mereka tumpas dua kali ketika itu. Jadi perkara ini tidak mustahil ianya akan berlaku sekali lagi kali ini.

Siaran Langsung Ulsan Hyundai vs JDT

Jadi untuk penonton yang berada di rumah, anda boleh saksikan pertemuan Ulsan Hyundai dan JDT ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena 803 dan Astro Go.

Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan langganan pek liga malaysia berharga RM28.90 sebulan

Jadual Dan Keputusan ACL 2023 Ulsan Hyundai vs JDT

Berikut merupakan jadual perlawanan Ulsan Hyundai vs JDT untuk aksi ACL 2023 pada 24 Oktober ini, hari Selasa bertempat di Stadium Ulsan Munsu.

Keputusan perlawanan pula, akan dikemaskini dan diumumkan selepas tamat perlawanan 90 minit pada petang tersebut.

24 Oktober 2023 (Selasa)

Ulsan Hyundai vs JDT

Masa : 6.00 Petang
Venue : Stadium Ulsan Munsu
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post