{tocify} $title={Table of Contents}
Saingan AFC Champions League 2023 kini sudah memasuki pusingan kedua untuk peringkat kumpulan. Ini pastinya menjadi pecutan terakhir bagi setiap pasukan yang bertanding.
Tidak lupa juga dengan wakil tunggal negara iaitu Johor Darul Ta'zim yang akan meneruskan cabaran dalam ACL musim 2023 kali ini yang mana mereka telah diundi dalam kumpulan I.
JDT vs Ulsan Hyundai FC akan membuat perhitungan sekali lagi yang mana ianya akan berlangsung pada 7 November 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Pertemuan Kali Kedua
Ini merupakan pertemuan kedua untuk kedua-dua pasukan dimana dalam saingan kali ini dan kali pertama mereka bertemu adalah pada Oktober lalu dalam perlawanan pertama.
Ketika itu ianya berlangsung di Ulsan, Korea Selatan dan pasukan tuan rumah, Ulsan Hyundai memanfaatkan kelebihan tersebut apabila menang ke atas JDT dengan keputusan 3-1.
Itu merupakan kemenangan pertama yang dikecapi oleh Ulsan ke atas JDT selepas dua pertemuan sebelumnya. JDT pernah menumpaskan Ulsan Hyundai dua kali pada edisi 2022 juga ketika peringkat kumpulan ACL.
Kemenangan tersebut dikecapi ketika bermain di SSI. Kemudian pertemuan ketiga, Ulsan Hyundai berjaya menang pula ketika bermain di halaman sendiri.
Kini balik semula ke Johor bagi membuat perhitungan kali keempat untuk kedua-dua pasukan. Disini sejarah telah mencatatkan keputusan baik kepada pasukan tuan rumah.
Adakah JDT mampu untuk melakukan sekali lagi dengan menumpaskan Ulsan Hyundai di SSI? Ini juga sebenarnya kemenangan penting untuk JDT bagi meneruskan cabaran dalam kejohanan Juara-Juara Asia kali ini.
Peluang Ke Suku Akhir
Jika dibuat perbandingan kekuatan JDT pada tahun ini berbanding musim lalu. Nampaknya mereka semakin hebat terutamanya dalam saingan tempatan.
JDT menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum kalah dalam semua kejohanan. Disebabkan itulah, kini mereka telah memenangi 3 piala dan masih dalam memburu trofi keempat tahun ini.
Akan tetapi Ulsan Hyundai juga tidak boleh dipandang rendah, meskipun pernah ditewaskan sebelum ini. Mereka baru sahaja dinobatkan sebagai juara K-League 2023 dan sudah semestinya peroleh tonik tambahan untuk perlawanan ini.
Dua juara bakal bertemu di atas pentas Asia yang besar dalam saingan AFC Champions League. Pasukan manakah yang bakal membawa pulang 3 mata pada malam ini?
Kehadiran Penyokong Setia JDT
Untuk memastikan JDT mampu memberikan saingan dalam perlawanan ini, penonton juga pastinya memainkan peranan sepanjangn 90 minit.
Jadi kepada semua penyokong sejati Harimau Selatan, jangan lupa untuk penuhkan stadium pada malam ini untuk berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda.
Oleh itu, dapatakn segera tiket masuk ke stadium yang kini sudah boleh mula dibeli secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my.
Siaran Langsung JDT vs Ulsan Hyundai ACL 2023
Pertemuan JDT vs Ulsan Hyundai ini turut dibawakan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming iaitu di platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga bermula RM28.90 sebulan.
Keputusan Terkini JDT vs Ulsan Hyundai 7 November 2023
Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi keempat kumpulan I ACL 2023 antara JDT vs Ulsan Hyundai pada 7 November ini, bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.
FT : JDT (2) - (1) Ulsan Hyundai
Heberty 44'
Ataru Esaka 69'
Akhyar Rashid 87'
Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka