Kelantan vs Sabah, Info Siaran Langsung Live Streaming Liga Super 2023

Kelantan vs Sabah, Info Siaran Langsung Live Streaming Liga Super 2023

Dalam kesibukan persedian dan perlawanan bagi pasukan kebangsaan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia, dalam masa yang sama ada satu perlawanan Liga Super akan berlangsung.

Pertemuan tertunda tersebut adalah melibatkan Kelantan vs Sabah dimana akan berlangsung pada 20 November 2023, hari Isnin bertempat di Stadium UiTM, Shah Alam.

Venue perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Kota Bharu, home of Kelantan terpaksa ditukar atas sebab ketidaksediaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Oleh itu sebab itu, MFL membuat keputusan untuk menukar lokasi dari Kota Bharu ke Shah Alam. Tetapi masih dikira sebagai halaman sendiri untuk Kelantan.

Pertemuan Kedua-Dua Pasukan

Ini merupakan pertemuan kedua untuk Kelantan dan Sabah untuk tahun 2023. Kali pertama adalah pada April yang lalu juga dalam saingan liga.

Ketika itu bermain di Likas dan Sabah menjadi tuan rumah. Kelantan ketika itu terpaksa akur dengan kekuatan pasukan dibawah bayu tersebut apabila tewas 1-6 pada malam tersebut.

Kali ini pertemuan kedua dan jika dilihat dari segi prestasi semasa, sepertinya agak berat untuk Kelantan FC, lagi pula ketika berhadapan dengan pasukan yang berada di kelompok teratas liga.

Tetapi dalam bola sepak, semuanya boleh berlaku. Jika Sabah mengambil mudah dan memandang rendah kepada pihak lawan, mungkin mereka akan dihukum.

Perlu juga tahu, beberapa tonggak utama Sabah tidak tersenarai dalam kesebelasan utama pada malam perlawanan kerana menyertai skuad Harimau Malaya ketika ini.

Tidak boleh tidak, Ong Kim Swee perlu bijak menurunkan barisan pemain terbaik bagi menghadapi Kelantan dan pastinya 3 mata ingin dicapai.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama

Ini merupakan senarai pemain kesebelasan utama bagi kedua-dua pasukan Kelantan dan Sabah dalam perlawanan ini

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Kelantan vs Sabah

Siaran Langsung Kelantan vs Sabah

Bagi yang berada berhampiran, boleh datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan terutamanya untuk penyokong kedua-dua pasukan.

Untuk yang tidak berkesempatan untuk hadir, boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan Astro Go.

Juga tersedia di platform Sooka untuk tontonan secara live streaming sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Super 2023 LS22 antara Kelantan FC vs Sabah FC pada 20 November ini bertempat di Stadium UiTM.

Keputusan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut. Anda boleh ketahui, bilangan jaringan dan senarai penjaring.

20 November 2023 (Isnin)

FT : Kelantan (0) - (7) Sabah

Jafri Firdaus 25' (P)
Farhan Roslan 29'
Rizal Ghazali 39'
Irfan Fazail 57'
Telmo Castanheira 68'
Ramon Machado 70'
S. Kumaahran 89'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium UiTM
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post