E5572EF1-E610-4797-9BB5-9D5A60839AFC
Please enter at least 3 characters.

Siaran Langsung Live JDT vs Kuching City 23.11.2023 Liga Super

Jangan lupa saksikan JDT vs Kuching City Liga Super 2023 LS24 siaran langsung di Arena Bola 803 pada 23 November ini dan live streaming di Sooka
Siaran Langsung Live JDT vs Kuching City 23.11.2023 Liga Super

Siaran Langsung Live JDT vs Kuching City 23.11.2023 Liga Super

Saingan aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ke-24 (LS24). Ini merupakan perlawanan kedua terakhir.

Salah satu perlawanan yang akan berlangsung daripada tujuh perlawanan adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim vs Kuching City FC.

{tocify} $title={Table of Contents}

Waktu Perlawanan

Seperti yang dijadualkan, perlawanan ini akan diadakan pada 23 November 2023, bersamaan pada hari Khamis, dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Sejarah Pertemuan

Kedua-dua pasukan JDT dan Kuching City hanya pernah bertemu sekali sahaja pada tahun 2023. Mereka bertembung juga dalam saingan liga iaitu pada Mei yang lalu dengan menyaksikan JDT menang 4-0 ketika bermain di Sarawak

Prestasi Semasa

Sehingga detik ini, JDT sudah pun mempunyai 3 kejuaraan iaitu Piala Sultan Ahmad Syah, Piala FA dan terbaru sudah dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2023, tapi masih belum rasmi.

Selain itu, JDT juga mencari piala keempat untuk tahun ini dalam saingan Piala Malaysia. Mereka juga menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas dalam mana-mana kejohanan termasuk saingan liga.

Jika dilihat prestasi Kuching City dalam saingan liga untuk lima perlawanan terakhir, mereka hanya mampu mengumpul 2 mata sahaja menerusi keputusan seri sebanyak dua kali. Selebihnya, sudah tiga kali tewas.

Meskipun begitu, Kuching City juga bakal mendapatkan trofi sulung untuk pasukan tersebut apabila bermain di final Challenge Cup 2023 bertemu Penang pada hujung bulan ini

Siaran Langsung JDT vs Kuching City

Jadi untuk kedua-dua penyokong terutamanya dan semua peminat bola sepak, jangan lupa untuk saksikan perlawanan JDT vs Kuching City secara langsung di Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Live Streaming

Manakala, bagi yang tidak mempunyai sambungan Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pas Liga Malaysia 2023.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan keputusan terkini bagi perlawanan JDT vs Kuching City dalam saingan Liga Super 2023 LS24 yang berlangsung pada 23 November ini.

FT : JDT (2) vs (0) Kuching City

Bergson da Silva 34'
Juan Muniz 42'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Share this post

Explore more articles by admin sukan

Post a Comment

Please leave comments related to the content. All comments are highly moderated and visible upon approval.

Comment Shortcodes

  • To insert an image, add [img]image_link[/img]
  • To insert a block of code, add [pre]parsed_code[/pre]
  • To insert a link, add [link=your_link]link_text[/link]
  • To insert a quote, add [quote]quote_text[/quote]
  • To insert a code, add [code]parsed_code[/code]
By clicking "Accept", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and improve marketing.