Siaran Langsung Keputusan Sabah vs Hai Phong 9.11.2023 AFC Cup

Siaran Langsung Keputusan Sabah vs Hai Phong 9.11.2023 AFC Cup

JDT sudah, Terengganu sudah dan kini giliran Sabah pula untuk beraksi di peringkat Asia dalam saingan AFC Cup 2023 untuk kumpulan H bagi aksi pusingan kedua dimana setiap pasukan akan bertemu sekali lagi.

Sabah vs Hai Phong akan membuat perhitungan sekali lagi tetapi hanya dibezakan dengan venue sahaja dan kali ini akan bermain di Stadium Likas Kota Kinabalu pada 9 November 2023 iaitu pada hari Khamis ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Pertemuan Sebelum Ini

Pada pertemuan kali pertama sebelum ini, kelab yang berpengkalan di Vietnam tersebut ternyata lebih bersedia apabila berjaya menumpaskan pasukan pelawat, Sabah FC dengan jaringan 3-2 dalam tempoh perlawanan sebenar.

Inilah bola sepak. Meskipun sebelum ini Hai Phong tewas kepada Hougang United, Sabah yang pernah menang menentang Hougang United tetapi tidak berjaya menumpaskan Hai Phong. Sudah menjadi perlawanan tiga segi nampaknya.

Tapi perhitungan kali ini pastinya tidak akan disia-siakan oleh Sabah bagi meraih 3 mata sekali gus menduduki tempat pertama dalam kumpulan H. Kesemua pasukan dalam kumpulan ini masih berpeluang untuk layak ke suku akhir.

Perlu Menang Dengan Kedudukan Selesa

Dengan kemenangan ke atas Hai Phong pada Khamis ini, Sabah akan naik ke tempat pertama. Ini sekali gus mencerahkan peluang untuk ke peringkat seterusnya selaku juara kumpulan. Adakah Sabah mampu untuk melakukannya?

Tidak boleh tidak, Sabah perlu memanfaatkan peluang terbesar ketika bermain di halaman sendiri kali ini. Dengan keadaan padang pastinya akan memberikan Sabah yang sudah biasa dengan tempat mereka dan ditambah pula dengan kehadiran penyokong.

Kehadiran Penyokong Amat Bermakna

Kehadiran penyokong sangat bermakna kepada pemain-pemain untuk menunjukkan aksi terbaik sepanjang perlawanan. Sokongan yang berterusan pastinya akan memberikan tonik tambahan kepada setiap pemain Sabah.

Jadi untuk penyokong Sabah terutamanya, jangan lupa untuk hadirkan diri di Stadium Likas pada Khamis ini dengan dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Sabah vs Hai Phong AFC Cup 2023

Pertemuan Sabah vs Hai Phong FC ini turut dibawakan secara langsung di kaca tv menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Manakala bagi yang tidak mempunyai Astro, anda boleh tonton secara live streaming di platfrom Sooka iaitu sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Keputusan Terkini Sabah vs Hai Phong 9 November 2023

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi keempat kumpulan H AFC Cup 2023 antara Sabah FC vs Hai Phong FC pada 9 November ini, bertempat di Stadium Likasi Kota Kinabalu.

Sabah vs Hai Phong

Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post