{tocify} $title={Table of Contents}
AFC Cup 2023 kini sudah memasuki separuh perjalanan bagi saingan peringkat kumpulan. Ini bermakna setiap pasukan dalam kumpulan yang sama sekali lagi akan bertemu sesama mereka dan pastinya juara kumpulan yang dicari.
Pada minggu ini, giliran Terengganu pula akan bermain di tempat lawan ketika berhadapan dengan Stallion Laguna iaitu pada 8 November 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Binaan Football yang terletak di Manila, Filipina.
Pertemuan Stallion Laguna vs Terengganu ini merupakan perlawanan keempat untuk kedua-dua pasukan dalam Kumpulan G. Sebelum ini mereka telah menguji kekuatan masing-masing ketika bermain di Gong Badak dan kini di Filipina pula.
Pertemuan Kali Pertama
Jika dilihat dua perlawanan sebelumnya, Stallion Laguna menjadi antara pasukan belasahan dalam kumpulan ini apabila tewas 5-2 kepada Bali United dan 9-1 kepada wakil Australia Central Coast Mariners FC.
Tetapi dalam perlawanan ketiga, mereka berjaya mencuri 1 mata daripada Terengganu meskipun sebelum itu, Terengganu menjadi antara pasukan terkuat. Setakat ini Terengganu menjadi satu-satunya pasukan dalam kumpulan ini masih belum tewas.
Permain dan percaturan serba tidak jadi apabila sebenarnya Terengganu hampir tewas sebelum gol penyamaan hadir pada minit ke-90. Dengan jaringan tersebut Terengganu terpaksa berpuas hati seri 2-2 kepada Stallion Laguna.
Perhitungan kali kedua ini akan berlangsung lagi dengan pasukan yang sama, tetapi kini giliran Stallion Laguna FC pula yang menjadi tuan rumah dan Terengganu terpaksa terbang ke Filipina sebagai pasukan pelawat untuk membuat perhitungan.
Peluang Ke Suku Akhir
Cabaran Stallion Laguna sebenarnya agak tipis untuk layak ke suku akhir apabila kini mereka hanya berjaya memperoleh 1 mata sahaja berbanding Terengganu dengan 5 mata dan menduduki tempat kedua, 1 mata dibezakan dengan CCM di tempat pertama.
Ini menjadi medan terbaik sebenarnya untuk Terengganu muhasabah diri dan mencari formula terbaik untuk menumpaskan Stallion Laguna sama seperti Bali United dan CCM yang melakukan sedemikian dengan mudah sebelum ini.
Terengganu perlu menang untuk mencerahkan lagi peluang untuk layak ke suku akhir. Selepas ini mereka perlu berhadapan dengan 2 pasukan yang pastinya lebih kuat daripada Stallion Laguna sepanjangn November dan Disember ini.
Siaran Langsung Stallion Laguna vs Terengganu AFC Cup 2023
Pertemuan Stallion Laguna vs Terengganu ini akan dibawakan secara langsung ke kaca tv untuk penonton di Malaysia khususnya penyokong Terengganu menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di platform Sooka iaitu menerusi laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia yang mengandungi saluran Arena Bola dengan harga RM28.90 sebulan.
Keputusan Terkini Stallion Laguna vs Terengganu 8 November 2023
Jadi jangan terlepas untuk menyaksikan aksi keempat Kumpulan G bagi kejohanan AFC Cup 2023 antara Stallion Laguna FC vs Terengganu FC pada 8 November ini, bertempat di Stadium Binan Football.
FT : Stallion Laguna (2) - (3) Terengganu
Junior Ngong Sam 3'
Griffin McDaniel 14'
Matthew Nierras 33' (OG)
Ivan Mamut 67'
Sony Norde 86'
Masa : 4.00 Petang
Venue : Stadium Bolasepak Binan
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka