E5572EF1-E610-4797-9BB5-9D5A60839AFC
Please enter at least 3 characters.

Final Piala Malaysia 2023: Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Terengganu 8.12.2023

Saksikan siaran langsung JDT vs Terengganu final Piala Malaysia 2023 pada 8 Disember ini, jam 9 malam di Astro dan RTM live streaming Sooka percuma
Final Piala Malaysia 2023: Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Terengganu 8.12.2023

Final Piala Malaysia 2023: Siaran Langsun Live JDT vs Terengganu 8.12.2023

Yang dinanti telah pun tiba, jangan lupa untuk saksikan siaran langsung live streaming perlawanan Final Piala Malaysia 2023 yang mempertemukan JDT vs Terengganu.

{tocify} $title={Table of Contents}

Perlawanan akhir ini akan berlangsung pada 8 Disember 2023, iaitu pada hari Jumaat, dengan waktu sepak mula pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Perjalanan Menuju Final

Piala Malaysia untuk edisi kali ini bermula pada peringkat 16 terbaik dengan melibatkan 14 pasukan Liga Super dan 2 daripada liga amatur, M3 dan menjalankan format kalah mati.

Perlawanan berlangsung secara timbal balik dua kali. Kali pertama bermain di halaman sendiri dan kali kedua tukar ke tempat lawan. Pasukan yang mempunyai aggregat terbesar layak ke pusingan seterusnya.

Terengganu bermula di pusingan awal bertemu KL Rovers dengan kemenangan keseluruhan 7-0. Kemudian bertemu Selangor di suku akhir dengan kemenangan aggregat 3-1.

Di pusingan separuh akhir, mereka menunjukkan karekter yang terbaik dengan memenangi kedua-dua perlawanan ketika menentang KL City dengan aggregar 4-2.

Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti biasa akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi setiap perlawanan yang ditempuhi.

Pusingan 16 terbaik telah belasah Kelantan dengan aggregat 15-1. Kemudian belasah lagi di pusingan suku akhir dan mangsa seterusnya Negeri Sembilan dengan jaringan 7-1 secara total.

Di separuh akhir, JDT bertemu pasukan underdog yang berjaya mara ke peringkat lebih jauh kali ini, Perak tetapi terpaksa akur dengan kekalahan secara aggregat 12-2.

Sejarah Kemenangan

Sejak Piala Malaysia diperkenalkan pada tahun 1921 dan ketika itu dengan gelaran yang pelbagai, Johor telah menang sebanyak 2 kali dan JDT menang sebanyak 3 kali.

JDT juga merupakan penyandang juara edisi 2022 dan ketika itu berjaya mengenepikan juara 33 kali, Selangor ketika bermain di venue yang sama kali ini.

Terengganu setakat ini, hanya pernah memenanginya sekali sahaja iaitu pada tahun 2001. Kali terakhir mereka di final adalah pada tahun 2018 sebelum tewas kepada Perak.

Final Piala Malaysia 2023: Siaran Langsun Live JDT vs Terengganu 8.12.2023

Siaran Langsung JDT vs Terengganu

Penyokong kedua-dua pasukan pastinya sudah tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perlawanan epik ini dengan hadir ke stadium beramai-ramai.

Bagi yang menonton di rumah, anda boleh saksikan siaran langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Buat kali pertama, anda boleh tonton secara 4K UHD di Astro Supersport 806.

Bagi yang tiada Astro pula, anda boleh saksikan menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM pada hari perlawanan.

Untuk yang ingin menonton secara live streaming, boleh pergi ke laman web RTM Klik di rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan aplikasi Sooka. Strim secara percuma sahaja.

Jadual & Keputusan Final Piala Malaysia 2023

Oleh itu, jangan lupa saksikan final Piala Malaysia 2023 antara JDT vs Terengganu yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023, hari Jumaat, pukul 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil

8 Disember 2023 (Jumaat)

FT : JDT (3) - (1) Terengganu

Bergson da Silva 6' (P)
Ivan Mamut 21' (P)
Feroz Baharudin 73'
Arif Aiman 90+5' (P)

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Astro & RTM
Live Streaming : Sooka & RTM Klik

Share this post

Explore more articles by admin sukan

Post a Comment

Please leave comments related to the content. All comments are highly moderated and visible upon approval.

Comment Shortcodes

  • To insert an image, add [img]image_link[/img]
  • To insert a block of code, add [pre]parsed_code[/pre]
  • To insert a link, add [link=your_link]link_text[/link]
  • To insert a quote, add [quote]quote_text[/quote]
  • To insert a code, add [code]parsed_code[/code]
By clicking "Accept", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and improve marketing.