E5572EF1-E610-4797-9BB5-9D5A60839AFC
Please enter at least 3 characters.

Hoki Piala Dunia Remaja 2023 : Siaran Langsung, Jadual, Keputusan Dan Senarai Pasukan Bertanding

Saksikan siaran langsung jadual dan keputusan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 dari 5 hingga 16 Disember ini bertempat di Kuala Lumpur
Hoki Piala Dunia Remaja 2023 : Siaran Langsung, Jadual, Keputusan Dan Senarai Pasukan Bertanding

Hoki Piala Dunia Remaja 2023 : Siaran Langsung, Jadual, Keputusan Dan Senarai Pasukan Bertanding

Kejohanan peringkat tertinggi bagi pemain hoki lelaki bawah 21-tahun iaitu Hoki Piala Dunia Remaja akan berlangsung dari 5 hingga 16 Disember 2023 dan Malaysia akan menjadi tuan rumah dimana akan diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil.

FIH Junior World Cup 2023 atau Hoki Piala Dunia Remaja 2023 kali ini merupakan edisi ke-13 anjuran International Hockey Federation (FIH) sejak kali pertama diadakan pada tahun 1979. Kali terakhir diadakan pada tahun 2021.

{tocify} $title={Table of Contents}

Untuk kategori lelaki, ianya diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Manakala kategori wanita (FIH Hockey Women Junior's World Cup 2023) berlangsung di Santiago, Chile bermula dari 29 November hingga 10 Disember 2023.

Sebab Malaysia menjadi tuan rumah, secara automatiknya layak ke Piala Dunia Remaja kali ini. Manakala 15 pasukan lain telah menjalani perlawanan peringkat kelayakan sehingga 16 pasukan kesemuanya berkumpul dalam satu kejohanan.

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan

Malaysia selaku tuan rumah telah diundi dalam Pool A bersama-sama juara dunia 2 kali, Argentina dan bekas juara 1997, Australia dan Chile. Terdapat 4 kumpulan dan terdiri daripada 4 pasukan didalamnya.

  • Pool A - Argentina, Australia, Malaysia (H), Chile
  • Pool B - Mesir, Perancis, Jerman, Afrika Selatan
  • Pool C - Kanada, India, Korea Selatan, Sepanyol
  • Pool D - Belgium, Belanda, New Zealand, Pakistan

Format Pertandingan

Format pertandingan sama seperti kejohanan-kejohanan yang lain. Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung dalam bentuk round-robin satu pusingan.

Juara dan naib juara akan layak peringkat kalah mati di pusingan suku akhir. Manakala tempat ketiga dan keempat akan meneruskan cabaran di peringkat klasfikikasi tempat ke-19 hingga ke-16.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Pihak Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) telah mengumumkan senarai 20 pemain Young Tigers ke Piala Dunia Hoki Remaja 2023 dibawah Ketua Jurulatih pasukan remaja kebangsaan iaitu Muhamad Amir Rahim.

pemain malaysia di hoki piala dunia remaja 2023

Tiket Masuk Stadium

Untuk menggalakkan lebih ramai penyokong pasukan negara untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini secara lebih dekat, pihak pengganjur menggumumkan kemasukan adalah secara percuma.

Jadi selepas ini, anda boleh datang beramai-ramai ke stadium untuk tunjukkan sokongan kepada pemain-pemain kebangsaan supaya mereka menjadi lebih semangat untuk beraksi sepanjang kejohanan berlangsung.

Siaran Langsung

Kebiasaanya setiap perlawanan hoki di seluruh dunia, anda boleh saksikan secara online menerusi platform rasmi FIH di watch.hockey.

Tapi untuk yang menonton di rumah, perlawanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 kali ini turut dibawakan secara langsung ke kaca tv iaitu menerusi saluran RTM di Sukan RTM (MYTV 111).

Mungkin pengguna Astro tidak dapat saluran ini, jadi anda semua boleh tonton secara live streaming menggunakan platform rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mobile. Tontonan ada secara percuma.

Jadual & Keputusan

Jangan lupa untuk saksikan setiap perlawanan terutamanya melibatkan pasukan Malaysia dalam kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 yang akan bermula dari 5 hingga 16 Disember ini bertempat di Kuala Lumpur.

Setiap jadual dan keputusan perlawanan, akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan melibatkan semua perlawanan sepanjang kejohanan.

5 Disember 2023 (Selasa)

FT : Perancis (3) - (1) Mesir - 9.00 am
FT : Jerman (5) - (3) Afrika Selatan - 11.00 am
FT : Sepanyol (7) - (0) Kanada - 2.00 pm
FT : Argentina (1) - (0) Australia - 4.00 pm
FT : India (4) - (2) Korea - 6.00 pm
FT : Malaysia (7) - (1) Chile - 8.00 pm | Sukan RTM

6 Disember 2023 (Rabu)

FT : Belanda (3) - (3) Pakistan - 9.00 am
FT : Belgium (4) - (0) New Zealand - 11.00 am
FT : Afrika Selatan (3) - (2) Mesir - 2.00 pm
FT : Perancis (2) - (0) Jerman - 4.00 pm
FT : Australia (7) - (1) Chile - 6.00 pm
FT : Malaysia (0) - (4) Argentina - 8.00 pm | Sukan RTM

7 Disember 2023 (Khamis)

FT : Korea (4) - (1) Kanada - 9.00 am
FT : Pakistan (4) - (0) New Zealand - 11.00 am
FT : Belgium (3) - (5) Belanda - 6.00 pm
FT : Sepanyol (4) - (1) India - 8.00 pm

8 Disember 2023 (Jumaat)

FT : Afrika Selatan (4) - (5) Perancis - 8.00 am
FT : Jerman (10) - (0) Mesir - 10.00 am
FT : Argentina (8) - (0) Chile - 12.00 pm
FT : Australia (5) - (2) Malaysia - 2.00 pm | Sukan RTM

9 Disember 2023 (Sabtu)

FT : Argentina (1) - (2) Jerman - 9.00 am
FT : Belanda (3) - (4) India - 11.15 am
FT : Perancis (3) - (2) Australia - 3.45 pm
FT : Sepanyol (4) - (2) Pakistan - 6.00 pm

[PERINGKAT KLASIFIKASI 1]

11 Disember 2023 (Isnin)

Penentuan Tempat Ke-9 - Ke-16
FT : Malaysia (4) - (1) Mesir - 9.00 am | Sukan RTM
FT : Belgium (12) - (0) Kanada - 11.15 am
FT : Afrika Selatan (5) - (1) Chile - 3.45 pm
FT : Korea (2) - (3) New Zealand - 6.00 pm

[SUKU AKHIR]

12 Disember 2023 (Selasa)

FT : Argentina (1) - (2) Jerman - 9.00 am
FT : Belanda (3) - (4) India - 11.15 am
FT : Perancis (3) - (2) Australia - 3.45 pm
FT : Sepanyol (4) - (2) Pakistan - 6.00 pm

[PERINGKAT KLASIFIKASI 2]

13 Disember 2023 (Rabu)

Penentuan Tempat Ke-13 - Ke-16
Mesir vs Kanada - 9.00 am
Chila vs Korea - 11.15 am

Penentuan Tempat Ke-9 - Ke-12
Malaysia vs Belgium - 3.00 pm
Afrika Selatan vs New Zealand - 5.15 pm

14 Disember 2023 (Khamis)

Penentuan Tempat Ke-5 - Ke-8
TBD vs TBD - 9.00 am
TBD vs TBD - 11.15 am

[SEPARUH AKHIR]

14 Disember 2023 (Khamis)

Jerman vs India - 6.00 pm
Perancis vs Sepanyol - 8.30 pm

[PERINGKAT KLASIFIKASI 3]

15 Disember 2023 (Jumaat)

Penentuan Tempat Ke-15 - Ke-16
TBD vs TBD - 9.00 am

Penentuan Tempat Ke-13 - Ke-14
TBD vs TBD - 11.15 am

Penentuan Tempat Ke-11 - Ke-12
TBD vs TBD - 3.00 pm

Penentuan Tempat Ke-9 - Ke-10
TBD vs TBD - 5.15 pm

16 Disember 2023 (Sabtu)

Penentuan Tempat Ke-7 - Ke-8
TBD vs TBD - 9.00 am

Penentuan Tempat Ke-5 - Ke-6
TBD vs TBD - 11.15 am

Penentuan Tempat Ke-3 - Ke-4
TBD vs TBD - 6.00 pm

[FINAL]

16 Disember 2023 (Sabtu)

TBD vs TBD - 8.30 pm

Share this post

Explore more articles by admin sukan

Post a Comment

Please leave comments related to the content. All comments are highly moderated and visible upon approval.

Comment Shortcodes

  • To insert an image, add [img]image_link[/img]
  • To insert a block of code, add [pre]parsed_code[/pre]
  • To insert a link, add [link=your_link]link_text[/link]
  • To insert a quote, add [quote]quote_text[/quote]
  • To insert a code, add [code]parsed_code[/code]
By clicking "Accept", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and improve marketing.