E5572EF1-E610-4797-9BB5-9D5A60839AFC
Please enter at least 3 characters.

Info Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs BG Pathum United

Siaran langsung JDT vs BG Pathum United ACL 2023 pada 12 Disember ini, jam 6 petang di Arena Bola 803 dan live streaming di Sooka
Info Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs BG Pathum United

Info Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs BG Pathum United

Perlawanan penutup bagi peringkat kumpulan AFC Champions League 23/24 akan berlangsung pada hari ini. Antara yang terlibat pastinya wakil negara, JDT vs BG Pathum United.

{tocify} $title={Table of Contents}

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung dan live pada 12 Disember 2023, hari Selasa dengan waktu sepak mula pada pukul 6.00 petang. Ianya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

Pertemuan Pusingan Pertama

Untuk peringkat kumpulan, format yang digunakan adalah round-robin 2 pusingan. Ini bermakna setiap pasukan akan bertemu sebanyak 2 kali; ditempat sendiri dan di tempat lawan.

Untuk pusingan pertama perlangsungan BG Pathum vs JDT diadakan di BG Stadium pada Oktober yang lalu. Kita telah menyaksikan bagaimana pasukan tuan rumah tewas 2-4 kepada pasukan pelawat.

Ini juga merupakan pertembungan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan. JDT pernah menang sekali, BG Pathum pun pernah menang sekali pada tahun 2015.

Untuk kali ketiga ini, adakah akan ada pasukan yang berjaya menambah bilangan kemenangan. Atau sekadar berakhir dengan keputusan seri?

Sebelum ini, Arif Aiman, Bergson dan Juan Muniz merupakan watak utama apabila berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Adakah mereka sekali lagi akan menggegar gawang BG Pathum United pada perlawanan ini nanti

Info Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs BG Pathum United

Perlawanan Pelengkap Jadual

Dalam saingan kali ini, BG Pathum United menjadi satu-satunya pasukan dalam kumpulan I yang tidak pernah meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan.

JDT menang 2 kali dan telah tewas sebanyak 3 kali. Dengan keputusan tersebut, kedua-dua pasukan ini terkandas di peringkat kumpulan ACL kali ini.

Disebabkan itulah, sebarang kemenangan pada petang ini, tidak lagi bermakna. Ini hanya sekadar perlawanan pelengkap jadual sahaja.

Adakah JDT mampu memanfaatkan bermain di tempat lawan, atau Pathum United bersorak gembira meriah kemenangan pertama dalam saingan ACL musim ini?

Beli Tiket Masuk Stadium

Untuk penyokong JDT, jika anda inginkan pasukan kesayangan anda menang dalam perlawanan ini, datang lah beramai-ramai dan berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Beli sekarang tiket masuk stadium yang kini sudah mula dijual. Boleh dapatkan menerusi laman web ticket.tickethotline.com.my.

tiket masuk jdt vs bg pathum united 12.12.2023

Siaran Langsung JDT vs BG Pathum United

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau. Ini kerana perlawanan ini turut disiarkan secara langsung di kaca tv.

Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau bagi pengguna Astro, boleh juga menonton secara online di Astro Go.

Sebagai alternatif yang tiada akses Astro, boleh live streaming di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Info Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs BG Pathum United

Jadual & Keputusan

Jangan lupa saksikan perlawanan JDT vs BG Pathum United pada 12 Disember ini. Ianya merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan AFC Champions League 23/24.

Untuk live score, boleh dapatkan dibawah dimana akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk semua pembaca

FT : JDT (4) - (1) BG Pathum United

  • Igor Sergeev 28'
  • BΓ©rgson da Silva 55', 66'
  • Endrick dos Santos 86'
  • Arif Aiman Hanapi 90'+2

Waktu : 6.00 Petang
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

*JDT mengakhiri saingan ACL 2023 di tempat ketiga dan tidak layak ke suku akhir

Keputusan penuh hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan. Akan diumumkan pasukan mana yang menang, tewas atau sekadar keputusan seri.

Share this post

Explore more articles by admin sukan

Post a Comment

Please leave comments related to the content. All comments are highly moderated and visible upon approval.

Comment Shortcodes

  • To insert an image, add [img]image_link[/img]
  • To insert a block of code, add [pre]parsed_code[/pre]
  • To insert a link, add [link=your_link]link_text[/link]
  • To insert a quote, add [quote]quote_text[/quote]
  • To insert a code, add [code]parsed_code[/code]
By clicking "Accept", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and improve marketing.