E5572EF1-E610-4797-9BB5-9D5A60839AFC
Please enter at least 3 characters.

Jadual Siaran Langsung Malaysia vs China Hoki Kelayakan Olimpik 2024

Saksikan siaran langsung Malaysia vs China di Hoki Kelayakan Olimpik 2024 pada 15 Januari ini, Selasa, jam 10.30 malam live streaming di watch.hockey
Jadual Siaran Langsung Malaysia vs China Hoki Kelayakan Olimpik 2024

Jadual Siaran Langsung Malaysia vs China Hoki Kelayakan Olimpik 2024

Kuota untuk Paris 2024 akan dipenuhkan dalam saingan Hoki Kelayakan Olimpik 2024 yang bakal berlangsung dari 15 hingga 21 Januari 2024 di Muscat, Oman.

Salah satu pasukan yang akan mengambil bahagian dalam saingan ini adalah pasukan hoki negara dimana pelawanan pembukaan bakal mempertemukan Malaysia vs China pada 15 Januari ini.

Empat negara kini sudahpun melayakkan diri ke Olimpik Paris iaitu pasukan tuan rumah, Perancis dan juara setiap benua, Australia, Belanda dan India.

Lagi enam slot akan dipenuhkan menerusi saingan Hoki Kelayakan Olimpik 2024 dimana berlangsung di dua lokasi berbeza iaitu Valencia dan Oman.

Sebanyak lapan pasukan bagi setiap lokasi yang menjadikan 16 pasukan keseluruhan. Malaysia telah diundi bermain di Oman dalam kumpulan A bersama China, Great Britain dan Pakistan.

  • Pool A : China, Great Britain, Malaysia, Pakistan
  • Pool B : Kanada, Chile, Jerman, New Zealand

Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Pasukan yang bergelar juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga layak ke Olimpik Paris 2024.

Ini bermakna, menerusi saingan FIH Olympic Qualification, akan ada tiga pasukan dari venue Valencia dan tiga pasukan dari venue Oman akan pergi ke Paris 2024.

Pemain Hoki Malaysia

Penjaga Gol: Hairi Rahman, Che Shahrul Azmi.

Pertahanan: Kamarul Zaman Kamaruddin, Luqman Nul Hakim, Firdaus Omar, Arif Syafiq Ishak.

Penyerang: Sufian Ruslee, Noor Firdaus Rosdi, Syarman Mat Tee, Akhimullah Anuar Esook.

Siaran Langsung Hoki Kelayakan Olimpik 2024

Perlawanan pembukan tirai bagi siangan di Oman akan bermula dengan pertemuan Malaysia vs China. Walaupun begitu tiada tayangan siaran langsung di kaca tv daripada Astro atau RTM.

Tapi sekiranya, peminat hoki tanah air dan penyokong pasukan hoki kebangsaan ingin menyaksikan perlawanan ini, anda boleh live streaming di https://watch.hockey/.

Jadual & Keputusan

FT : Malaysia (2) - (3) China

  • Azrai Abu Kamal 29' (FG)
  • Lin Changliang 31' (PS)
  • Chao Jieming 34' (FG)
  • Razie Rahim 47' (PC)
  • Gao Jiesheng 60' (PC)

Tarikh : 15 Januari 2023 (Isnin)
Venue : Muscat, Oman
TV : -tiada-
Live Streaming : watch.hockey

*Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa hingga tamat perlawanan.

Share this post

Explore more articles by admin sukan

Post a Comment

Please leave comments related to the content. All comments are highly moderated and visible upon approval.

Comment Shortcodes

  • To insert an image, add [img]image_link[/img]
  • To insert a block of code, add [pre]parsed_code[/pre]
  • To insert a link, add [link=your_link]link_text[/link]
  • To insert a quote, add [quote]quote_text[/quote]
  • To insert a code, add [code]parsed_code[/code]
By clicking "Accept", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and improve marketing.