E5572EF1-E610-4797-9BB5-9D5A60839AFC
Please enter at least 3 characters.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan 8.12.2024

Berikut merupakan info siaran langsung dan live streaming antara Malaysia vs Syria perlawanan persahabatan pada 9 Januari 2024, jam 1.30 pagi.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan 8.12.2024

Info Siaran Langsung Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan 8.12.2024

Malaysia akan bertemu Syria pada Selasa, 9 Januari 2023 dalam satu perlawanan persahabatan tertutup antara kedua-dua pihak.

Perlawanan ini tiada dalam kalendar FIFA dan ianya diadakan bertujuan bagi membuat persediaan terakhir untuk Piala Asia Qatar 2023-2024 yang berlangsung bermula pada 13 Januari ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Syria sedang bersiap sedia untuk Piala Asia AFC yang akan datang dan akan menuju ke kejohanan tersebut yang pastinya dengan penuh semangat.

Sebelum tiba di Qatar, mereka telah mengadakan satu perlawanan persahabatan pada Jumaat lalu bertemu Kyrgyzstan dan ianya berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pada awalnya tiada jaringan pada babak pertama. Selepas perlawanan bersambung, Kyrgyzstan terlebih dahulu membuka akaun jaringan dan selang 20 minit selepas itu, barulah tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Ibrahim Hesar.

Malaysia juga akan mengharungi Piala Asia pada bulan ini dan pastinya persediaan menentang Syria pada Isnin ini sangat penting sebelu melangkah ke kejohanan yang berprestij tersebut.

Kali terakhir Malaysia bermain adalah ketika bertemu Chinese Taipei dimana Darren Lok berjaya menjaringkan satu-satunya gol yang penting untuk skuad Harimau Malaya meraih 3 mata penting.

Kedua-dua pasukan kini bersedia akan memulakan kempen kejohanan pada Sabtu ini, dimana Syria akan bertemu Uzbekistan dalam kumpulan B dan Malaysia akan berhadapan dengan Jordan untuk kumpulan E.

Pertemuan Kali Terakhir Malaysia vs Syria

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak lima kali. Kedua-duanya telah meraih keputusan dua kemenangan dan satu keputusan seri.

Kali terakhir Malaysia-Syria bertemu adalah pada tahun September 2023 dimana ianya berkesudahan dengan keputusan 2-2 ketika bermain di China.

Dalam tiga pertembungan terakhir ini, Syria tidak pernah tewas kepada Malaysia iaitu sejak tahun 2014.

Untuk perbandingan, Syria kini berada di kedudukan 91 dunia, manakala Malaysia di tangga ke-130 untuk ranking FIFA setakat ini.

Siaran Langsung Malaysia vs Syria

Pada awalnya, Arab Saudi sepatutnya yang menjadi lawan dalam perlawanan persahabatan ini, tetapi mereka terpaksa menarik diri di saat akhir dan ditukar kepada pasukan Syria.

Perlawanan ini juga telah diumumkan oleh persatuan bola sepak Malaysia (FAM) dimana ianya adalah perlawanan persahabatan dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong.

Oleh itu, tiada tayangan siaran langsung secara rasmi daripada mana-mana pihak penyiaran baik saluran Astro mahupun RTM.

Jika ada, hanya tayangan live streaming yang dibuat oleh pihak ketiga untuk tontonan ramai. Akan dikemaskini sekiranya ada live dibuat selepas ini.

Jadual & Keputusan

FT : Malaysia (2) - (2) Syria

  • Arif Aiman Hanapi 39'
  • Pablo Sabbag 70'
  • Ibrahim Hesar 74'
  • Paulo Josue 78' 

Tarikh : 9 Januari 2024 (Selasa)
Masa : 1.30 Pagi
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Tiada

Share this post

Explore more articles by admin sukan

Post a Comment

Please leave comments related to the content. All comments are highly moderated and visible upon approval.

Comment Shortcodes

  • To insert an image, add [img]image_link[/img]
  • To insert a block of code, add [pre]parsed_code[/pre]
  • To insert a link, add [link=your_link]link_text[/link]
  • To insert a quote, add [quote]quote_text[/quote]
  • To insert a code, add [code]parsed_code[/code]
By clicking "Accept", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and improve marketing.